in

‘Anu’ Kena Tikam Dengan Ikan Pari!

Stingray

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
'Anu' Kena Tikam Dengan Ikan Pari!
Loading
/

Swimming dekat laut ni ada juga bahayanya! Seronok memang seronok, tapi kalau nasib tak baik, jadilah macam lelaki dari Hainan, China ni.


Menurut WORLD OF BUZZ, lelaki tu yang tengah syok berenang di laut, tiba-tiba kena tikam dengan ikan pari dekat bahagian kemaluan!

Stingray 1
sumber: wob
Stingray 2
sumber: wob

Kejadian berlaku pada 1 September lalu kira-kira waktu tengah hari. Tak pasti apa yang menyebabkan perkara tu berlaku, tapi difahamkan kemaluan lelaki ni ditikam dengan penyengat ikan pari membuatkan dia mengerang kesakitan dan mengejutkan orang ramai. Weh dengar pun dah rasa ngeri nak bayangkan kesakitan dia!

Dia kemudian segera ditarik ke tepi pantai dan orang ramai yang berada di kawasan berdekatan cuba untuk selamatkan tapi malangnya, ikan pari tu tersangkut kerana penyengatnya tertusuk di bahagian kemaluan lelaki tersebut. Boleh nampak daripada gambar-gambar yang tersebar, jelas raut wajah lelaki tu tengah menahan kesakitan yang teruk.

Disebabkan tu, dia terpaksa menanggung kesakitan sambil cuba ditenangkan oleh orang ramai sementara tunggu bantuan kecemasan tiba.

Stingray 3
sumber: wob

Bila pasukan medik tiba, cepat-cepat mereka cuba untuk tarik penyengat ikan pari tu, tapi tak berjaya disebabkan ianya terlalu dekat dengan duri ekor yang berbisa. So, mereka terpaksa gunakan gunting untuk potong ekor ikan pari yang melekat di kemaluan lelaki tu.

Lepas dah berjaya, lelaki tu terus dihantar ke hospital dan kemudian dilaporkan stabil tanpa kecederaan lain. Fuh, nasib baik!

Stingray 4
sumber: wob
Stingray 5
sumber: wob

Tonton video viral kejadian tu:

Nasib baik selamat, bahaya gila kottttt. Malang betul nasib dia….

Baca: Maut Lepas Kena Sengat di Langkawi?

Obor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.