in

Annuar Musa Dikecam Kerana Tak Pakai ‘Mask’ Masa Beli Makanan Tepi Jalan

Collage 31

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa hari ini telah mencuri perhatian netizen selepas dia gagal memakai pelitup muka sewaktu membeli makanan di gerai tepi jalan.


Menerusi Twitter rasminya pagi tadi, Annuar musa telah memuat naik gambar dirinya membeli nasi berlauk dan nasi tumpang dari peniaga tepi jalan.

Screenshot 2021 08 19 At 1.01.05 Pm

Apa yang menarik perhatian ramai adalah gambar yang dimuat naik itu menunjukkan bekas menteri ini gagal mematuhi SOP kerana tak pakai pelitup muka.

Selain itu, Annuar Musa turut dikecam kerana meminta pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk tak mengambil tindakan ke atas peniaga tersebut kerana berniaga tanpa lesen.

Ekoran ini, netizen telah mengkritik tindakannya itu lebih-lebih lagi selepas beliau pernah dikompaun dua kali sebelum ini kerana melanggar SOP.

“Dah la tak pakai mask lepastu promote bagitahu peniaga tak ada lesen”

Screenshot 2021 08 19 At 1.00.03 Pm Down

Untuk pengetahuan korang, ketika artikel ini ditulis, TS Annuar Musa telah pun memadamkan ciapannya tersebut.

Mungkin masa keluar exercise tu tak berniat nak beli atau singgah mana-mana tapi dah terjumpa tu alang-alang je lah kot?

 

Baca: “Tak ada bodyguard & gaji” – Mahu Terus Bantu Rakyat, TS Annuar Musa Daftar Jadi Sukarelawan Prihatin

Screenshot 2021 08 19 At 1.06.04 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.