in

“Nak kaji antivax taknak vaksin sbb sakit atau sengaja” – Kerajaan Pertimbang Wajibkan Suntikan Vaksin Covid-19

Ft Kerajaan Kaji Pertimbang Wajibkan Suntikan Vaksin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerajaan kini dilaporkan sedang mempertimbang mewajibkan pengambilan vaksin Covid-19 dalam usaha untuk mencapai sasaran komuniti kelompok menjelang Oktober ini. Menurut Harian Metro, perkara itu dijelaskan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berkata kerajaan sedang meneliti perkara itu secara menyeluruh dan ia akan diumumkan selewat-lewatnya bulan depan.


 

Kaji mengapa antivaksin tolak vaksin Covid-19

Kajian dilakukan termasuklah ke atas golongan yang menolak vaksin atau digelar antivaksin serta tindakan undang-undang mengikut peruntukan sedia ada akan dikenakan jika suntikan vaksin diwajibkan.

Kita sedang timbang sama ada nak wajib mandatori atau apa, sedang teliti (dan) tak lama lagi, kita akan umumkan sama ada bulan ini atau bulan depan.”

Kita akan kaji terlebih dahulu jika kumpulan antivaksin ini tidak mahu menerima vaksin kerana berpenyakit atau sengaja tidak percaya dengan vaksin.”

Suntikan Vaksin Di Ppv

 

Risiko kelompok yang sudah vaksin dijangkiti mereka yang tidak terima vaksin

Beliau berkata sedemikian ketika ditemui wartawan sewaktu  melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Taman Tamadun Islam (TTI), Kuala Terengganu, semalam.

Dengan pelbagai varian yang ada termasuk delta, kita bimbang ia akan merisikokan orang lain termasuk mereka yang sudah divaksin.”

Muhyiddin Berborak Dengan Staf Ppv

Jadi, saya merayu kepada mereka yang tidak bersedia (divaksin) bersedia (untuk) terima (vaksin) kerana sudah ramai ambil vaksin dan terbukti apabila bila vaksin diberi kehidupan rakyat lebih terjamin dan kalau terkena jangkitan, ia tidak begitu berbahaya dan pulih cepat sebab sudah ada antibodi.”

Sementara itu, beliau turut berkata suntikan vaksin kepada remaja berusia 16 dan 17 tahun akan diputuskan sebaik saja vaksinasi terhadap rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas selesai.

Baca: “Kalau buat cepat delete” – Wanita Ingatkan 3 ‘Pantang Larang’ Bila Dah Lengkap 2 Dos Vaksin

Pantang Larang Lepas 2 Dos Vaksin

Sumber: Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.