in

“Anggap berada di mana-mana tempat sepanjang malam jika anda lupa untuk “check out”? Tidak” – KKM

Ft Kkm Respon Checkout Ms

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umumnya, fungsi check out dalam aplikasi MySejahtera ini menerima banyak complaint daripada orang ramai kerana kebanyakan pengguna akan terlupa untuk menekan butang itu apabila keluar daripada sesuatu tempat atau premis.


Disebabkan komen-komen sinis orang ramai yang anggap macam kita menetap di sesuatu tempat itu yang agak lama, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman Facebook rasmi tampil beri respon.

 

Adakah benar pihak KKM menganggap anda berada di mana-mana tempat sepanjang malam jika anda lupa untuk “check out” di MySejahtera? Tidak.

Menurut KKM, mereka menggunakan sistem AI untuk MySejahtera, ada 2 kaedah untuk menghasilkan sistem pengesanan kontak yang dilakukan secara automatik.

1) Kod QR – melihat “overlap” dengan kes positif
2) Bluetooth – melihat “proximity” dengan kes positif

“Di Malaysia, kami menggunakan kaedah yang pertama setakat ini.
Sejak 10 Mac, lebih 7 juta notifikasi “Kontak Kasual” telah dihantar untuk menyedari pengguna yang mungkin terdedah kepada orang yang positif Covid.”

“Sistem AI mengggunakan “exposure window” serta data ujian saringan untuk menentukan penerima notifikasi tersebut.”

Jadi, mereka tidaklah percaya jika kita ada bermalam dekat sesebuah tempat itu, ini kerana mereka  meletakkan “upper bound” pada tempoh masa seseorang berada di sesuatu tempat melalui data data check-in

“Contohnya, jika check-in di Restoran X pada 7 malam, dan Restoran Y pada 8 malam, anda berada di X untuk paling lama 1 jam.”

“Sekiranya check-in berturutan bersifat “outlier” (cth anda balik rumah dan hanya keluar esok), sistem mengesan itu sebagai “outlier”, dan menggunakan tempoh purata (berdasarkan lokasi, waktu dan demografi).”

Untuk penjelasan lebih tepat boleh baca disini

Adakah benar pihak KKM menganggap anda berada di mana-mana tempat sepanjang malam jika anda lupa untuk "check out" di…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Monday, September 27, 2021

Jadi, MySejahtera akan kesan waktu ramalan jika kita berada di sesuatu tempat, ini dilakukan sejak versi lama lagi, sebab itulah mereka sediakan check out untuk mendapat maklumat yang lebih tepat. Harap lepas ni kita cuba lah ingat untuk check out lepas ni.

 

Baca : “Tak payah fikir pasal ‘super apps'” – Fahmy Fadzil Kritik Fungsi ‘Check-out’ MySejahtera

Ft Mysejahtera Check Out

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.