in

Anda Jadi Mangsa Scam? Jangan Leka, Hubungi 997 SEGERA!

Talian Hotline Laporan Online Scam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) yang mula beroperasi pada bulan Oktober lalu bagi membendung jenayah penipuan dalam talian menggesa orang ramai untuk menghubungi pihak bank atau talian hotline 997 sekiranya menjadi mangsa penipuan atau scam dalam usaha untuk melindungi orang ramai daripada kerugian yang lebih teruk.


Menurut NSRC lagi, sekiranya mana-mana pihak mengesan ada transaksi kewangan yang tidak disengajakan atau tidak diketahui, mereka perlu menghubungi pihak bank dengan kadar segera atau terus hubungi talian 997 yang boleh dihubungi dari 8 pagi sehingga 8 malam setiap hari, termasuk cuti umum.

Tambah mereka lagi, perkara ini akan membolehkan pihak bank untuk memintas dana yang dicuri dan boleh membantu mangsa untuk mengurangkan kerugian walaupun tiada jaminan wang mangsa boleh dikembalikan.

Scam Campaign

Selain menghubungi pihak bank dan hotline tersebut, mangsa perlu membuat laporan polis di balai polis berhampiran dengan kadar segera supaya pihak berkuasa boleh menjalankan siasatan lanjut.

“Sangat penting untuk orang ramai hubungi bank atau 997 dalam kadar segera selepas menyedari mereka telah discam untuk mengelakkan kerugian lebih teruk”

NSRC merupakan gabungan beberapa agensi kerajaan seperti  Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) dan memfokuskan kepada kes berkaitan penipuan kewangan secara online.

Ini mungkin melibatkan pelbagai jenis kaedah penipuan, termasuk penipuan pancingan data, penipuan Macau, penipuan serangan perisian hasad, penghantaran pakej atau penipuan bungkusan dan lain-lain.

Untuk maklumat lanjut mengenai NSRC, boleh layari laman web rasmi di sini.

Baca : “ZOMBI ONLINE SHOP” – Taktik Baru Scammer, Paksa Bayar COD Barang Yang Tak Dipesan

Zombi Online Shop Scammer 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.