in

“Nikah dua, tiga, empat,tak mengapa. Tapi cabul ini…” – Dr Zulkifli Tegur Pendakwah Selebriti Jaga Imej

Daisyed 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan dengan kes salah laku seks pendakwah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berharap kejadian kes jenayah ini tidak berlaku lagi pada masa hadapan terutamanya dalam kalangan pendakwah selebriti.


Tegasnya ia akan memberikan pendangan buruk terhadap keseluruhan golongan ini, lapor Sinar Harian.

 

Tolonglah jaga, termasuk diri saya. Saya ‘tok sey’ (tidak mahu) dengar pencabulan.” 

Beliau berkata begitu kerana, jikka ada  kes jenayah membabitkan golongan pendakwah selebriti, ia pasti akan mendapat liputan meluas di media.

“Kalau ustaz dengan gambar-gambar sekali (dipaparkan dalam media), dua minit kita tahu dah siapa (orang yang terlibat). Pertama, kita saling menasihati. Sesama Islam, salah satunya dalam majlis seperti ini, apabila kita bersama dekat satu sama lain, ingat mengingatkan.”

Tambahnya, diharapkan tahun 2021 nanti tidak akan ada lagi sebarang isu konflik seperti ini.

“Nikah dua, nikah tiga, nikah empat… tak mengapa. Tapi cabul ini, nak ulang perkataan itu pun tak sedap bunyinya,” katanya.

Sebelum ini, peserta program realiti TV berbentuk keagamaan, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful atau Dai’ Syed didakwa di dua mahkamah atas empat tuduhan melakukan seks luar tabii, mencabul, merogol serta melakukan kekerasan jenayah terhadap wanita.

 

Baca : Dikaitkan Dengan Jenayah Seks, Datuk Dr Zul Akan Berjumpa Da’i Syed Esok

Syed 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.