in

[VIDEO] Seram! Penduduk Jumpa Wanita Dalam Perut ‘Buaya’ Dipercayai Dibaham Ketika Memancing

Featured Image 1 8

Memancing merupakan salah satu hobi yang paling digilai sesetengah orang, bagi seorang pemancing mereka tidak kisah sama ada lakukan aktiviti tersebut baik di air tawar ataupun air masin.

Namun, hobi ini boleh dikatakan berbahaya juga sebab, baru-baru ini viral sebuah rakaman yang mengerikan. Penduduk di Indonesia telah menjumpai wanita di dalam perut buaya, dipercayai dibaham ketika memancing.

Menerusi Daily Mail, buaya yang berukuran sepanjang 19 kaki itu telah ditangkap oleh penduduk kawasan selepas mereka menyaksikan seorang wanita dibaham dan ditarik masuk ke dalam sungai.

Difahamkan, haiwan itu telah menyerang wanita tersebut ketika dia sedang memancing di sebuah sungai di Kalimantan Utara, Indonesia.

Turut diberitahu, wanita itu melakukan aktiviti tersebut pada malam hari. Kenapalah memancing waktu malam, haiwan liar memang aktif time-time macam tu.

Berikutan dengan kejadian, penduduk melakukan satu operasi pencarian bersama pihak polis pada keesokkan harinya.

Buaya1

Selepas berjaya di tangkap, mereka membelah perut buaya itu dan mengambil sepihan badan yang tertinggal di dalamnya.

Menurut Amiruddin, ketua agensi penyelamat Tarakan Nasional, mereka telah menjumpai kepala mangsa dan bahagian yang lain di kawasan berdekatan. Mereka percaya ianya telah dimuntahkan oleh buaya tersebut.

Polis terlebih dahulu telah bertindak menembak buaya tersebut. Selepas dari itu, perut buaya berkenaan telah dibelah, dan bahagian-bahagian daripada badan mangsa berjaya dijumpai.” – Amiruddin

Dalam masa yang sama, dia turut mengingatkan agar penduduk tidak mendekati sungai berkenaan.

Dalam sibuk memancing pun ada bahaya yang menanti, maka hati-hatilah pada kaki pemancing kat luar sana..

 

Baca: “Budak kampung memang berani dan hebat” – Mahu Selamatkan Diri, Kanak-kanak 10 Tahun Tumbuk Mata Buaya

Annotation 2020 06 16 141505

Sumber: Daily Mail