Ibu Allahyarham Mustaqqeem Mansor, pendaki yang ditemukan meninggal dunia di puncak Gunung Liang semalam meluahkan rasa terkilannya susulan anaknya ditemui meninggal dunia seorang diri.
Menurut laporan Harian Metro, ibu Allahyarham yang dikenali sebagai Rohani meluahkan rasa terkilannya itu berhubung insiden anaknya ditinggalkan seorang diri di gunung tersebut oleh rakan-rakannya selepas anaknya mengalami sakit kaki.
Menurut ibu mangsa lagi, dia reda dengan pemergian anaknya tapi dia terkilan mengapa rakan-rakan anaknya itu meninggalkan mangsa.
Artikel Berkaitan: Punca Kematian Pendaki Gunung Liang Disahkan Akibat Hipotermia Atau Kesejukan Melampau
Artikel Berkaitan: Setiap Posisi Ada Tugasnya, Ini Peranan Sweeper Dan Posisi Lain Dalam Istilah Daki Gunung
Pelbagai versi alasan yang diberikan mengenai insiden kehilangan anaknya itu yang padanya tidak dapat diterima sama sekali.
Menurut Rohani, mereka pada mulanya memberitahu bahawa kaki anaknya itu mengalami kekejangan namun tidak mengapa kerana ketika itu, Mustaqqeem sedang bersama dengan guide atau malim gunung.
Selain itu, ada juga antara mereka yang memberitahu bahawa mereka tidak menjumpai Mustaqqeem meskipun telah mencari mangsa selama enam jam.
Namun apabila bomba dan polis naik ke gunung untuk mencari mangsa, pihak penyelamat menjumpai Mustaqqeem.
Ibu mangsa turut mempersoalkan mengapa rakan-rakan pendakian Mustaqqeem tidak membuat laporan polis mengenai kejadian itu sebaliknya isteri Mustaqqeem yang membuat laporan polis selepas suaminya tidak pulang ke rumah.
Sumber: Harian Metro