Anak 11 Tahun Ini Paksa Diri Makan Untuk Naikkan Berat Badan. Alasannya Akan Buat Anda Menangis….

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Semua orang pun sayang dan nak membesar dengan adanya ayah. Tapi sejauh mana korang sanggup berkorban untuk ayah korang tu? Agak-agak boleh lawan tak budak ni?

Budak perempuan kat China ni sanggup buat apa je sebab nak tengok ayah dia sihat macam biasa. Menurut Nextshark, Zhenzhen, 11, merupakan satu-satunya harapan ayah dia untuk hidup.

Ayahnya, Luo Changming telah disahkan ada myeloid leukemia pada tahun 2016 dan dah berhabis lebih 200,000 yuan (hampir RM800,000) untuk rawatan kimoterapi. Tapi, awal tahun ni, kesihatan Luo makin teruk dan doktor kata hanya dengan pemindahan sumsum tulang je yang boleh bantu dia.

Sumber: Nextshark

Penderma sumsum tulang mestilah dalam kalangan keluarga Luo sendiri. Bila dah check, mak dan ayah Luo tak lepas sebab dah terlalu tua, adik dia pulak tak match dengan Luo. So, just Zhenzhen je lah yang tinggal.

Sumber: Nextshark

Tapi, Zhenzhen pulak doktor kata kurus sangat untuk nak dermakan sumsum tulang tu. Sebab dia dah 11 tahun, tapi berat baru 29kg. Sebab Zhenzhen ni memang nekad habis nak selamatkan ayah dia, dia sanggup naikkan berat badan. Bila mak dia, Luo Xiaolan tanya, Zhenzhen kata dia tak takut.

Sumber: Nextshark

Proses nak naikkan berat badan ni pun bukannya senang, lagi-lagi sebab budak ni jenis memilih nak makan. Biasalah budak. Tapi sebab fikir nak selamatkan ayah dia, dia pun sanggup sumbat makanan tu walaupun dah tak larat nak makan.

Sumber: Nextshark
Sumber: Nextshark

So, sekarang dalam masa lebih sebulan je, berat badan dia dah bertambah sebanyak 4.5kg and dah jadi 33.5kg. Hebatlah kau dik oi! And now, doktor dah kasi green light, Zhenzhen boleh dermakan sumsum tulang kat ayah dia dalam minggu ni. Yeay!

Semoga urusan dorang dipermudahkan.

Baca: Pengorbanan Wanita Ini Setia Jaga Kekasih Hidap Kanser Mata Tahap Akhir Buat Ramai Terharu

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.