in

“Ambil nama dan nombor badan” – Berdepan Dengan Polis Korup, Korang Boleh Adu Salah Laku Mereka Dengan Cara Ni!

Aduan Salah Laku Polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan pendedahan viral Asri Janggut berkaitan isu perjudian di Sungai Buloh, tiba-tiba saja isu salah laku polis dan pihak berkuasa kini menjadi topik utama perbualan netizen ramai.


Kita semua tahu, tak semua daripada anggota polis itu bersikap jahat kerana ia menjadi lumrah dalam badan beruniform tersebut mempunyai ‘good cops’ dan ‘bad cops’ serta kita perlulah berhati-hati dalam menilai sesuatu kerana tidak mahu isu tersebut menjatuhkan imej baik PDRM di mata rakyat.

Gerak Khas

Namun jikalau korang pernah berdepan dengan anggota polis bersikap korup, apa yang boleh korang lakukan? Boleh ke kita adukan mereka ataupun perkara ini patut dibiarkan begitu sahaja?

 

“Jangan bagi duit minum tapi adukan mereka” 

Menerusi perkongsian seorang netizen di Twitter, sebenarnya korang boleh laporkan kesalahan pegawai polis dan pegawai penguat kuasa lain di saluran yang telah disediakan.

Lapor

Di laman web rasmi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan, korang boleh membuat aduan salah laku pegawai penguatkuasa tetapi dengan syarat korang kenalah ada nama pegawai tersebut dan nombor badannya. 

Salah Laku

Bagi yang tak tahu apa itu nombor badan, korang boleh rujuk gambar di bawah. Nombor badan juga dikenali sebagai ‘No ID Pegawai’.

 

Cara membuat aduan

Prosedur membuat aduan ni sebenarnya mudah saja. Menurut portal EAIC, sebarang aduan hendaklah dibuat secara bertulis dan hantarkan ia kepada saluran seperti berikut:

  • hadir sendiri ke pejabat Suruhanjaya
  • hantar surat
  • emelkan kepada aduan@eaic.gov.my atau
  • hubungi Bahagian Operasi (Aduan) di talian 03 8888 6618/ 2184 /6509 untuk maklumat lanjut

Korang juga boleh muat naik borang aduan di laman di sini atau lakukan e-Aduan di laman web tersebut.

Selain itu, korang juga boleh membuat aduan ke Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) yang dibawah PDRM. 

Aduan 2

Efcyxqtucaeyavf

Sama-sama kita banteras polis yang korup untuk kesejahteraan negara. 

Baca: “Terima kasih Asri Janggut!” – LENGANG! Kedai Acheh & Gerai Haram Tepi Jalan Milik Peniaga Asing Habis Dirobohkan

Ab

Sumber: Twitter
Sumber: EAIC
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.