in

Ambil Masa 5 Tahun Untuk Cipta Watak, Siapa Nakhoda Ragam Dalam Filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal Ini?

Pgl Nr

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru sahaja ditayangkan tak sampai seminggu, admin ingin ucapkan syabas buat filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal kerana telah mengumpul kutipan sebanyak RM5.4 juta dalam tempoh 4 hari tayangan. Wow! 


Menampilkan watak-watak seperti Bawang Merah, Mat Jenin, Raja Bersiong dan lain-lain, filem yang digemari kanak-kanak dan orang dewasa ni dipuji kerana membawa kisah dongeng Melayu ke mata dunia.

Namun dalam antara banyak-banyak karekter, ramai yang tertanya-tanya, siapa Nakhoda Ragam?

42887268 10157033728629750 992369562588545024 N
sumber: facebook

 

Digelar ‘Kapten Bersuara Merdu’ rupanya Nakhoda Ragam suami kepada Puteri Gunung Ledang?

Menerusi sumber di Movie Addict, netizen ramai mengesahkan yang penulis skrip sendiri memberitahu bahawa Nakhoda Ragam ini suami kepada Puteri Gunung Ledang. Ye ke? Kalau korang tak pernah dengar, apatah lagi min kan?

Ragam
sumber: facebook

 

Nakhoda Ragam mati akibat tercucuk jarum milik isterinya!

Jadi admin adalah buat sedikit research di Google dan mendapat info mengenai kesahihan kisah ini daripada sebuah blog. Menurut blog tersebut, Nakhoda Ragam ini merupakan seorang kapten kapal yang suka bernyanyi. Ada rambut panjang yang diikat ke belakang kepala.

Uikst 008
sumber: blog

Ketika berlayar di atas perahu bersama isterinya, Nakhoda Ragam kononnya nak suprisekanlah isterinya dengan memeluk dari belakang badan. Tapi malangnya, pada ketika tu isterinya sedang menjahit pakaian dan secara tidak sengaja tertikam Nakhoda Ragam dengan jarum emas yang digunakannya. Erk! 

Dengan serta merta, Nakhoda Ragam pun pengsan dan meninggal dunia!

 

Inilah penyebab Puteri Gunung Ledang lari ke Gunung Ledang!

Disebabkan suaminya meninggal dunia, si puteri jadi sangat terkejut dan heartbroken. Pada masa yang sama, dia juga takut anak-anak kapal suaminya akan cederakannya sebab kematian mengejut tu.

So guess what? Si puteri ni sorok mayat Nakhoda Ragam dalam kabin dan tunggu sehingga waktu malam menjelma. Dia kemudian perlahan-lahan naik ke atas dek dan terbang ke Gunung Ledang. Puteri Gunung Ledang kemudian bersumpah yang dia takkan berkahwin lagi sampai bila-bila! 

Ohhh barulah kita tahu macam mana PGL jadi PGL! Gituuu! 

Teori Nakhoda Ragam mungkin Sultan Brunei ke 5

Selain daripada perkaitan dengan PGL, sesetengah website di Brunei ada jugak claim yang rupanya Nakhoda Ragam ini ialah Sultan Brunei ke-5, Sultan Bolkiah. Di Brunei, siap ada sekolah lagi yang dinamakan Sekolah Vokasional Nakhoda Ragam tau.

Animator ambil masa 5 tahun untuk siapkan semua karekter Upin & Ipin

Apa-apapun admin salutelah dengan Les Copaque kerana telah melakukan research dengan bagus dan gigih dalam menghasilkan setiap karekter dengan baik.

Menurut salah seorang animator yang menghasilkan watak Raja Inderaloka di Facebook, dia telah mengambil masa lebih kurang 5 tahun dalam mencipta karekter tersebut. Syabas sebab usahanya kini berbaloi!

Character Design_Raja Inderaloka,5 tahun lepas saya diberi tugas mendesign karakterseorang Ketua kerajaan Inderaloka…

Posted by Zulhilmi Md Rozali on Monday, March 25, 2019

Good info kan? Rasanya elok juga watak-watak dongeng yang tak pernah didengar ni diketengahkan kepada ramai terutamanya budak-budak. Barulah mereka pandai menghargai sejarah dan budaya sendiri. 

Baca: Sejarah Melayu ‘Disembunyikan’ Orang Barat? Lelaki Dedah Begini Rupanya Pakaian Wanita Melayu Abad Ke 19 Yang Sebenar…

Sejarah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.