in

“Ambil masa 20 min untuk angkat” – Bomba Bantu Angkat Guru 350kg Dari Rumah Ke Hospital

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Masjid Tanah terpaksa bertungkus-lumus membantu memindahkan seorang guru lelaki seberat 350kg yang ditemui berada dalam keadaan lemah di rumahnya yang terletak di Taman Seri Gamelan, awal pagi tadi.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 2.56 pagi.


Katanya, sebaik pasukan tiba di lokasi, mangsa berusia 40 tahun itu didapati berada di dalam bilik air dan tidak mampu bergerak walaupun dibantu isterinya, lapor Malaysia Gazette.

“Keadaan bilik air yang sempit menyebabkan proses pemindahan memerlukan teknik khas serta tenaga tambahan daripada anggota bomba,” katanya.

Guru
Kredit gambar: jabatan bomba dan penyelamat malaysia (jbpm) melaka

Artikel berkaitan: Pulau Pinang Catat Kadar Obesiti Lebih Tinggi Dari Purata Nasional

Artikel berkaitan: Dietitian Ini Sangkal Dakwaan ‘Kedai Mamak Punca Malaysia Juara Obesiti Asia Tenggara

Beliau berkata, pasukan mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengangkat mangsa keluar sebelum menaikkannya ke lori angkut bomba.

“Proses itu mengambil sedikit masa kerana mangsa perlu ditenangkan terlebih dahulu susulan menahan kesakitan akibat jangkitan kuman pada kaki,” katanya.

Tambahnya, mangsa juga mempunyai sejarah penyakit lelah yang menyukarkan pergerakan.

Menurut beliau lagi, isteri mangsa memaklumkan suaminya mengalami demam sejak lebih seminggu lalu dan berehat di rumah selepas mendapatkan cuti sakit.

“Keadaan kurang selera makan menyebabkan mangsa tidak mempunyai tenaga untuk bergerak,” katanya.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Alor Gajah menggunakan lori angkut bomba bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Sumber: Malaysia Gazette

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.