in

“Ambil kesempatan betul!” – Seller Didakwa ‘Cetak’ Barangan Jenama Lee Zii Jia Dikecam Netizen

Untitled Design 2022 03 03T110929.068

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penjualan barangan tiruan kini ibarat satu ‘penyakit’ dalam komuniti tempatan, terlalu banyak barangan yang dijual tanpa rekaan dan pembuatan yang asli dan biasanya ia dijual dengan harga yang jauh lebih murah.


Lebih-lebih lagi barangan yang berkaitan dengan public figure ataupun artis. Mereka yang mempunyai nama dan pengikut yang ramai biasanya akan mengeluarkan produk ataupun barangan fesyen yang mempunyai simbolik tersendiri.

Begitu jugalah cerita pemain badminton nombor satu negara, Lee Zii Jia. Dia sering memakai pelitup muka yang mempunyai logonya sendiri.

Bagaimana pun, terdapat sebuah kedai cetakan yang bertindak menggunakan logo Lee Zii Jia untuk menjual barangan seperti lanyard dan t-shirt.

Kedai tersebut juga dilihat menjual barangan tersebut secara online dan telah menjual hampir ratusan pasang t-shirt dan lanyard tersebut

Fm1Syyoagae8Ghm

Video tersebut dimuat naik dalam TikTok dan mempunyai hampir 25K tontonan, bagaimana pun ruangan komen telah ditutup selepas ramai netizen yang kecam tindakan seller tersebut.

Video pendek itu juga dikongsi di laman Twitter dan sudah pastinya ramai yang tidak puas hati dengan seller tersebut.

Untitled Design 2022 03 03T110137.396

Selain itu, seller tersebut juga menjual beberapa t-shirt pemain badminton yang lain dan mengaut untung daripadanya.

Walaupun terima banyak kecaman, seller tersebut masih tidak memadam video-video tersebut.

Hmm, the audacity!

Baca: ‘Multi-million deal’ – Akhirnya Terjawab! Lee Zii Jia Sah Ditaja Syarikat Sukan Taiwan Victor

Untitled Design 2022 03 03T110710.120

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.