in

“Multi-million deal” – Akhirnya Terjawab! Lee Zii Jia Sah Ditaja Syarikat Sukan Taiwan Victor

Lee Zii Jia Bersama Victor Taiwan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Persoalan mengenai siapakah penaja pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia selepas bergerak profesional akhirnya terjawab.


Semalam, syarikat peralatan sukan dari Taiwan, Victor telah mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan kehadiran semula pemain itu sebagai duta mereka melalui satu posting di Instagram.

Selamat kembali kepada keluarga Victor. Victor dengan bangganya mengumumkan kerjasama semula dengan bintang Malaysia,” tulis posting berkenaan.

“Terima kasih atas sokongan padu dan kepercayaan yang diberikan”

Dalam pada itu, Lee Zii Jia menerusi akaun Facebook juga meluahkan rasa bangga dan terharu kerana diberi peluang untuk menyertai kembali barisan keluarga syarikat sukan tersebut.

So humbled and honored to be back as one of VICTOR global ambassador. The team is always there to support me in most of…

Posted by Lee Zii Jia on Thursday, February 24, 2022

 

Terima kasih atas sokong padu dan kepercayaan yang diberikan sepanjang perjalanan karier saya sehingga saya berjaya memperolehi pelbagai kejayaan yang membanggakan nama negara saya cintai. 

“Saya juga berharap saya akan memulakan perjalanan sebagai seornag pemain profesional yang membawa aspirasi baru menerajui perjuangan dalam sukan yang saya cintai. Ready To Challenge, Ready To Win,” tulisnya.

Walau bagaimanapun, hantaran berkenaan tidak menyatakan mengenai jumlah bayaran yang diterima juara All England 2021 yang dipercayai bernilai jutaan ringgit dan tempoh kontraknya dengan Victor.

Selain Lee Zii Jia, rakan sepasukannya, Goh Jin Wei juga katanya menerima tawaran tajaan dua tahun dengan Sunlight Sports Group (satu-satunya pengedar Asia Tenggara Li-Ning) semalam.

Jin Wei

Terdahulu, ura-ura mengatakan Zii Jia yang memutuskan untuk meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk bergerak secara profesional telah menerima tawaran lumayan dari sebuah syarikat peralatan sukan Taiwan.

Ia juga katanya menjadi faktor utama untuk beliau meninggalkan BAM. Zii Jia didakwa telah ditawarkan sebanyak S$400,000 (RM1.674 juta) setahun dengan tempoh kontrak selama tujuh tahun dengan nilai keseluruhan sebanyak RM11.718 juta.

Lee11 1644590034

Victor juga bukanlah jenama asing buat pemain tersebut memandangkan mereka pernah menjadi penaja utama kepada BAM selama 6 tahun dari 2015 hingga 2021.

Apa-apapun selamat maju jaya buat Zii Jia dan Jin Wei! 

Baca: BAM Pujuk Lee Zii Jia, Didakwa Tawar Gaji RM1 Juta Setahun?

Bam

Sumber: The Star
Sumber: BH

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.