Baru 3 hari membuka akaun TikTok, bintang Pirates of the Caribbean, Johnny Depp sudah meraih 13.3 juta pengikut.
Di akaun sama juga, aktor berusia 59 tahun itu ada memuat naik satu video kompilasi yang didedikasikan untuk peminat dan penyokongnya yang setia semasa beliau naik turun mahkamah berkaitan kes saman fitnah terhadap bekas isterinya, Amber Heard.
Walau bagaimanapun, video pendek terbabit nyata kurang disenangi Amber Heard. Menerusi jurucakap beliau, pelakon filem Aquaman itu mengeluarkan satu kenyataan seolah-olah menyindir tindakan Depp yang dikatakan mahu ‘move on’ selepas kes saman fitnah mereka selesai.
“Seperti yang Johnny Depp kata, dia mahu bergerak ke hadapan, sedangkan realitinya, hak wanita sudah ditolak ke belakang.
“Keputusan mahkamah memberikan mesej kepada mangsa keganasan domestik untuk hidup ketakutan dan mereka tidak berhak bersuara,” tulis kenyataan terbabit.
Dalam pada itu, setakat artikel ini ditulis, video pendek yang dimuat naik Depp itu sudah meraih lebih 30 juta tontonan di TikTok.
@
Menerusi kapsyen video terbabit, Depp berterima kasih kepada penyokongnya yang setia dan menyeru agar mereka sama-sama dengannya bergerak ke hadapan.
“Kita telah berjalan di jalan yang sama, bersama-sama. Kita melakukan perkara yang betul bersama-sama semuanya kerana anda mengambil berat mengenai saya.
“Kini kita semua akan bergerak ke hadapan bersama-sama dan seperti biasa, saya hanya mampu mengucapakan terima kasih atas sokongan anda selama ini. Salam sayang dan hormat dari saya, JD,” tulis Depp.
Sumber: Daily Mail
Baca: Baru 14 Jam Buka Akaun TikTok, Johnny Depp Dah Raih 7 Juta Pengikut!