in

Baru 14 Jam Buka Akaun TikTok, Johnny Depp Dah Raih 7 Juta Pengikut!

Ft Johnny Depp Buka Akaun Tiktok E1654910276258

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas seminggu menang kes saman terhadap bekas isterinya Amber Heard, pelakon filem Pirates Of The Caribbean telah membuatkan para peminat dari seluruh dunia teruja selepas Johnny Depp dikatakan membuka akaun TikTok miliknya.


 

“Kepada semua penyokong saya yang paling dihargai, setia dan tidak berbelah bahagi”

Dalam video pertama yang dimuat naik, video itu merupakan satu video ala montaj menunjukkan dirinya melambai peminat selepas keluar dari mahkamah serta bermain gitar di atas pentas dan menaip menggunakan mesin taip.

“Kepada semua penyokong saya yang paling dihargai, setia dan tidak berbelah bahagi. Kita telah ke mana-mana bersama, kita telah melihat segala-galanya bersama. Kita telah melalui jalan yang sama bersama. Kita melakukan perkara yang betul bersama, semuanya kerana anda mengambil berat.”

“Dan sekarang, kita semua akan maju bersama-sama. Anda, seperti biasa, majikan saya dan sekali lagi saya mengucapkan terima kasih tidak terhingga. Jadi, terima kasih dan salam cinta & hormat dari saya.”

@

♬ –

Sepanjang tempoh artikel ini ditulis, akaun TikTok @johnnydepp ini dibuka dan video ini dimuat naik berdurasi 14 jam.

Dalam tempoh sesingkat itu, pelakon yang juga terkenal dalam filem Alice In The Wonderland ini telah meraih seramai 7 juta pengikut!

Menurut mStar Online, ia mungkin  kerana video perbicaraan yang berlangsung selama enam minggu sering menjadi trending di aplikasi tersebut dan ramai peminatnya menggunakan TikTok untuk menyuarakan sokongan.

Dia juga menyiarkan semula video TikTok di akaun Instagramnya, yang mempunyai 24.7 juta pengikut dan Facebooknya yang mempunyai 13 juta pengikut.

Baca : Tak Mampu Bayar Denda RM45 Juta Kepada Johnny Depp, Peguam Dedah Amber Heard Dah Pokai?

Amber Heard Pokai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.