in

“Allahuakbar nikmat kaya” – Seterika Lofa Hadiahkan Untuk Nabila Jadi Viral, Netizen Buat ‘Homework’ Terbeliak Mata Tahu Harga RM12,000

Ft Ironlofa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tindak tanduk Neelofa seringkali menjadi tumpuan terutamanya apa yang dilakukan dalam bisnes, kehidupan serta barangan yang dimilikinya. Kalau dulu pernah viral pasal peti ais di bilik Lofa jenama SMEG, kali ini kecoh pula tentang seterika yang dihadiahkan oleh tunang PU Riz itu kepada kakaknya, Noor Nabila.


Melalui Instagram story, Nabila ada memuat naik gambarnya memegang sebuah kotak seterika dan mengucapkan terima kasih kepada Neelofa kerana memberi hadiah tersebut untuk rumah barunya nanti.

Iron2

Biasalah netizen kan laju je buat ‘homework’ dan of course tak ketinggalan untuk ‘korek’ pasal seterika jenama Laura Start itu terutamanya harganya. Berdasarkan tweet seorang individu, katanya dia tertarik dengan seterika tersebut namun apabila membuat research tentang harga punyalah terkejut.

Kalau nak tahu, Laura Star Smart U tu berharga RM12,900 tau!

Iron4

Iron3

Ramai netizen ‘terbeliak biji mata’ dan ‘telan air liur’ sebaik mendapat tahu seterika semahal itu dibeli oleh Neelofa. Meskipun tahu pengacara popular itu mampu namun netizen memberikan pelbagai reaksi terutamanya tentang kehebatan seterika itu sehingga harga jualan mencecah 5 angka.

Ada yang melawak berkata mungkin seterika itu bergerak sendiri dan mempunyai banyak kelebihan seperti boleh lipatkan baju dengan sendiri. Haha macam macam lah korang!

Iron5

Iron6

Selain itu ada juga yang berkata, seterika itu nanti akan digunakan oleh orang gaji bukannya Nabila sendiri. Jadi seronoklah bibik dapat pegang seterika puluhan ribu kan…

Melalui Facebook pula, ada yang berkata tindakan Neelofa itu adalah salah satu kenikmatan yang dirasai orang kaya. Iyelah, mampu beli seterika RM12,900 tanpa perlu berfikir dua kali dan terus ‘swipe’ saja.

*menangis dalam kemisikinan*

Baca: “Tengok-tengok dorang nikah dulu” – Sering Bersama Ke Majlis Keluarga, Noor Nabila Didakwa Dah Bertunang Dengan Engku Emran?

Collage 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.