in

“Allah SWT lebih menyayanginya”- Maryam Al Khawla, Bayi Kedua Daripada Kembar Tiga Meninggal Dunia Lepas 90 Hari Bertarung Nyawa

Kembar Tiga

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasangan suami isteri, Mejar Ir.Ts Mohd Fikry Amri dan isterinya, Puan Sabrina Hakiem Zaini, yang menimang cahaya mata kembar tiga pada tahun lalu selepas kehilangan bayi sulung mereka pada 2024 akibat kecuaian pengasuh, sekali lagi diuji apabila bayi kedua daripada kembar tiga mereka meninggal dunia pagi tadi.

Bayi berkenaan, Maryam Al Khawla, dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Melaka pada usia genap tiga bulan, lapor Sinar Harian.


Difahamkan, Maryam merupakan bayi pramatang dan telah bertarung nyawa selama 90 hari sejak dilahirkan.

Namun, Allah SWT lebih menyayangi si comel ini.

Whatsapp Image 2026 01 24 At 10.52.32 Am

Artikel Berkaitan: Sultan Pahang Dan Tengku Ampuan Pahang Zahir Ucapan Tahniah Atas Kelahiran Bayi Kembar 3 Mejar Mohd Fikry & Isteri

Artikel Berkaitan: Anak Meninggal Di Taska Lepas 13 Tahun Tunggu Zuriat, Ibu Bapa Al Fateh Ditaja Rawatan IVF Tunku Azizah

Sebelum ini, bapa kepada bayi kembar tiga itu memaklumkan Maryam berada dalam keadaan lemah susulan bacaan kuning yang meningkat hampir dua kali ganda berbanding hari sebelumnya, pada Khamis lalu.

Sementara itu, menerusi perkongsian ibunya, Puan Sabrina Hakiem Zaini, bayi tersebut dilaporkan menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan tenang dan tidak lagi menanggung kesakitan.

Sama-sama kita doakan yang baik-baik untuk pasangan ini dan bayi-bayi mereka. 

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.