in

“Patut rasa tak sedap hati”-SEDIH! Pelajar Universiti Tengok Sendiri Rumah Musnah Dijilat Api Depan Mata Semasa Balik Kampung

Combine Syafiqa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai anak sulung, sudah pasti tanggungjawab yang dipikul lebih berat berbanding dengan adik-beradik yang lain malah harus memberi contoh yang baik kepada mereka. Kisah sedih menyayat hati bagi seorang pelajar universiti awam apabila dia melihat sendiri rumahnya musnah akibat kebakaran yang berlaku melibatkan enam buah rumah pada Jumaat lalu.


Menurut Nurul Syafiqa Zulkefli, 20 dia dah rasa tak sedap hati sewaktu beli tiket nak balik Alor Setar tapi dia tetap teruskan hasratnya sebab dah janji nak balik kampung. Dia bergerak daripada KL dengan menaiki bas dan tiba di Alor Setar pada waktu pagi sebelum kejadian berlaku pada jam 11 pagi, lapor Mstar.

Syafiqa

Tambahnya, dah banyak kejadian malang yang jadi dekat dirinya sebelum balik ke kampung contohnya terlepas bas, terpaksa beli tiket tambahan dan tertukar bas. Berikutan kejadian itu seolah-olah petanda yang akan benda buruk jadi dekat dirinya.

Syafiqa merupakan seorang pelajar dan juga membuat kerja part time bagi membantu keluarganya di kampung. Ayahnya seorang peniaga buah namun telah berhenti kerja sejak sebulan yang lalu sebab ayahnya sedang buat rumah baru di Pendang manakala ibunya hanya merupakan seorang suri rumah.

Sewaktu dia tiba di rumah, dia sempat berbelanja untuk keperluan rumah seperti minyak masak, gula, sayur dan banyak lagi. Namun, tak lama lepas tu rumahnya terbakar.

Rumah T3

Rumah T1

Ayah dan ibunya hanya sempat menyelamatkan beberapa barangan seperti dokumen penting, kipas dan televisyen. Dia juga turut sempat menyelamatkan beg yang dibawanya daripada KL pada pagi tu.

Syafiqa 2

Difahamkan tragedi itu bermula daripada sebuah rumah yang mengalami litar pintas dan mengakibatkan kebakaran sekaligus melibatkan enam buah rumah termasuk rumah Syafiqa.

Rumah T2

Dia berasa sangat bersyukur kerana ada pihak yang mengambil berat dan menghulurkan bantuan kepada keluarganya berikutan kisahnya viral di Twitter.

Semoga adik ni dan keluarga menghadapi musibah ini. 

Baca : “Mungkin tak jumpa kunci grill” – Dua Beradik Ditemui Maut Dalam Kebakaran Rumah Di Perak

Bakar

 

 

Sumber: Mstar
Sumber: Mstar
Sumber: Mstar
Sumber: Mstar
Sumber: Mstar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.