Pelakon Irma Hasmie menyatakan dirinya dalam keadaan baik selepas menjawab dakwaan suaminya, Redza Syah Azmeer yang memuat naik beberapa foto perkahwinan di laman sosial.
Menurut laporan Harian Metro, Irma Hasmie atau nama sebenarnya Irma Hasmie Ibrahim enggan untuk mengulas lebih terperinci mengenai perkara tersebut dan meminta orang ramai agar mendoakannya supaya dipermudahkan urusan kelak.
“Doakan moga Allah beri ketenangan dan banyakkan rasa syukur. Apa yang yang penting Allah jaga hati dan fikiran kami (anak-anak),” katanya.
Artikel berkaitan: “Jangan ajari seorang isteri SABAR” – Posting Instagram Irma Hasmie Cetus Persoalan Netizen
Ditanya mengenai status perkahwinan antara mereka, Irma bagaimanapun tidak menjawab persoalan sama ada masih bergelar isteri atau sudah memilih jalan perpisahan.
Sejak semalam, Redza mengejutkan ramai apabila berkongsi beberapa foto pernikahannnya bersama wanita pilihan sekali gus mengundang tanda tanya status terkini Irma Hasmie.
Redza berkongsi foto perkahwinannya menerusi akaun Instagramnya. Dalam hantaran itu, Redza menulis keterangan berkaitan perjalanan baharunya sebagai suami kepada wanita terbabit.
View this post on Instagram
Sebelum ini, timbul dakwaan di mana rumah tangga Irma dan suami dikatakan sedang dilanda badai susulan jarang memuat naik foto bersama sejak Ogos 2023.
Sekadar info, Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.
Sumber: Harian Metro