in

“Jangan ajari seorang isteri SABAR” – Posting Instagram Irma Hasmie Cetus Persoalan Netizen

Ft Irma0Hasmi Rumah Tangga

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perkongsian foto daripada pelakon Irma Hasmie di Instagram miliknya telah mencuri perhatian netizen apabila foto berkenaan dimuat naik dengan kata-kata yang berbaur kekecewaan mengenai seorang isteri dalam rumah tangga.


Ayat-ayat yang diberikan itu seperti luahan mengenai kesabaran seorang isteri dalam mengharungi detik paling sukar dalam hidup saat melahirkan anak kepada si suami.

Jangan ajari seorang isteri SABAR. Kerana dia pernah digunting, dipotong dan dijahit hidup-hidup untuk memberimu gelaran seorang AYAH.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by IRMA HASMIE IBRAHIM (@irmahasmie)

Disebabkan perkongsian ini, ramai netizen membuat spekulasi bahawa Irma seperti sedang mengalami masalah rumah tangga. Malah, rakan artis seperti Diana Amir juga turut memberikan kata-kata semangat buat Irma.

Screenshot 2023 08 03 162430

Dalam pada itu, berdasarkan pemerhatian, Irma dilihat telah memadamkan fotonya bersama suami daripada profil Instagram miliknya itu.

Untuk rujukan, Irma sebelum ini mendirikan perkahwinan dengan Reza Syah Azmeer Mohd Redzuan yang juga ahli perniagaan pada 2012 dan dikurniakan sepasang cahaya mata berusia 10 dan sembilan tahun.

Baca : 9 Selebriti Yang Berhijrah Menjadi Inspirasi Ramai Wanita

Page Artis 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.