Siapa yang mahukan perpisahan? Perkahwinan yang disangka membawa ke hingga jannah, akhirnya berakhir dengan penceraian. Bak kata pepatah, “Panas tak sampai ke petang, hujan di tengah hari”.
Namun buat wanita di luar sana, usah bersedih dengan penceraian yang terjadi. Kumpul kekuatan dan jadilah seperti pengadu di page Kisah Rumah Tangga (KRT) Fans ini.
Berikut dikongsikan tujuh perkara yang dilakukan wanita ini setelah dia bercerai dengan bekas suami dan bangkit dari kesedihan.
1. Belajar memandu
Bila dah pandai memandu, lebih mudah nak hidup ke mana-mana sendiri!
2. Simpan semua gambar bekas suami
Kalau asyik tengok gambar bersama, bilanya nak move on kan? Elok simpan semua gambar kenangan dulu-dulu tu.
3. Melancong bersama sahabat
Bercuti dapat segarkan minda tau!
4. Curahkan segala isi hati dengan menangis
Tak salah menangis, tapi jangan jadi macam Kassim Selamat sudahlah…
5. Belajar uruskan kehidupan sendiri
Bagus juga belajar untuk hidup berdikari dan tidak bergantung kepada orang lain.
6. Lebihkan masa dengan keluarga
Bercerai bukan bermakna kita kini tinggal seorang. Masih ada anak dengan keluarga yang memerlukan perhatian.
7. Kembali kepada Maha Esa
Segala ujian yang Tuhan berikan ada sebab dan hikmah-Nya. Jangan bersedih dan laluilah dengan tabah.
Menurut pengadu tersebut, selepas melaksanakan ketujuh-tujuh perkara itu, ternyata hidupnya lebih bahagia dan kesedihannya perlahan-lahan beransur pergi.
“Alhamdulillah sekarang saya bahagia. Itu sahaja perkongsian untuk hari ini. Semoga mereka yang pernah mengalami, sedang mengalami kesedihan ini akan disembuhkan luka hatinya oleh Allah SWT.”
Perkongsian di KRT Fans ini rata-rata mendapat respon positif dari netizen yang tumpang berkongsi pengalaman mereka juga.
Semoga diberikan ketabahan buat wanita yang baru bercerai dan ibu tunggal untuk menghadapi masa depan dengan lebih kuat. Anda boleh!
Baca: Gadis Mualaf Diceraikan Suami Melalui SMS, Anak Kini Terabai Tanpa Nafkah