“Alhamdulillah…” – Sajat Berjumpa Keluarga Bakal Suami di Kelantan

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Usahawan kosmetik, Nur Sajat sememangnya sering terpalit kontroversi kerana pelbagai isu termasuklah isu jantina. Tidak hairanlah jika popularitinya lebih dahsyat daripada sesetengah selebriti di Malaysia ini.

Baru-baru ini, kecoh satu negara apabila Sajat seakan-akan memberi hint tentang hubungannya bersama seorang jurulatih kecergasan dan kesihatan dikenali sebagai Coach Yin.

Sumber: Instagram

Malah, mereka berdua boleh dilihat semakin serius dalam hubungan cinta yang dijalin apabila kedua-duanya memuat naik gambar ketika meluangkan masa bersama dua orang anak angkatnya di taman tema air. Sajat juga turut dikritik dan dikecam kerana pakaiannya dikatakan terlalu seksi.

Sumber: Instagram

Semalam, Sajat telah memuat naik gambarnya bersama kekasih hati yang sekali lagi menarik perhatian netizen. Bila je Sajat tak dipalit kontroversi kan…

Melalui gambar tersebut, Sajat dikatakan seakan-akan memberi satu lagi hint bahawa hubungannya bersama jejaka itu akan mencapai fasa yang baru. Sajat yang bakal melancarkan NurSajat Gold Jewelry tidak lama lagi telah berkongsi bersama pengikut laman Instagram keterujaannya ketika di dalam perjalanan untuk bertemu dengan ibu teman lelakinya itu. Wow!

Sumber: Instagram

Malah, melalui satu siaran video melalui Instagram Live, Sajat telah menjawab pertanyaan pengikutnya dengan berkata,

Takkan nak pakai macam itu untuk berjumpa mak mertua. Mak mertua kita sporting.”

Selain itu, Sajat yang juga bakal mempunyai bangunan di atas namanya sendiri, Wisma Nursajat itu turut memuat naik gambarnya bersama jejaka tersebut dengan kapsyen ‘Alhamdulillah’ seolah-olah menggambarkan pertemuannya dengan keluarga Coach Yin berjalan lancar.

Sumber: Instagram

Netizen rata-rata tidak memberikan reaksi positif dan sebaliknya menganggap ianya tidak masuk akal. Malah, ada yang turut memberi kata-kata nasihat kepada personaliti media sosial itu melalui ruangan komen di Instagram.

“Hari-hari hidup nak melawan hukum Allah. Allah bagi  nikmat hidup mewah, kesihatan yang baik. Bukan bererti Allah sayang. Tapi Allah nak uji seteguh mana kau nak menentang hukum dia.”

“Aku harap nanti tok kadi tak jadi buta teruskan pernikahan kaum sejenis.”

“Mengalir air mata ibu dan ayah. Seksa mereka di sana nanti.”

Sumber: Instagram

Dalam pada itu, ada juga segelintir netizen yang ‘merestui’ hubungan mereka dan mengucapkan tahniah di atas perkembangan itu.

“Alhamdulillah. Bertuahnya Cik Sajat.”

Sweet. Harap bahagia.”

“Bila nak melangsungkan majlis resepsinya?”

Semoga bahagia hingga anak cucu. #Perempuanfuhh

Baca: “Aurat sis, aurat…” – Tayang Gambar Pakai Baju Renang, Sajat Dikecam Netizen Lagi

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!