“Doa yang baik-baik ajelah” – Sajat Bakal Berkahwin Hujung Tahun Depan?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Jangan terkejut dengan berita yang baru kami terima! Usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat telah mengesahkan yang dia bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi. Alahai melepaslah abang-abang kacak di luar sana yang teringin memperisterikan Sajat…

Nur Sajat yang terkenal dengan tagline Let’s Cantik dan Fuh Perempuan! itu berkata, jikalau semua urusan berjalan dengan lancar, beliau bakal mendirikan rumah tangga bersama jejaka pujaan hatinya pada hujung tahun hadapan, lapor mStar.

Sumber: Instagram

Dia yang sering dihimpit kontroversi akibat kekeliruan dari segi jantina itu juga memberitahu bahawa terdapat beberapa sasaran di dalam hidup yang belum dikecapinya selain daripada mengembangkan empayar perniagaannya sekarang.

“Sajat pun bukan tua, masih muda lagi. Jadi sekarang nak fokus pada bisnes dulu. Dalam bisnes ini, kita tak boleh fokus pada satu-satu benda sahaja. 

“Lagipun Sajat masih ada sasaran yang belum dicapai. Tunggulah hujung tahun depan. Insya-Allah. Doakan yang baik-baik ajelah.” 

Amboi Sajat patutlah wajah berseri-seri sejak akhir ini! 

Sumber: Instagram

Ketika disoal mengenai siapakah kekasih hatinya, Sajat hanya mengakui bahawa dia sudah berpunya dan jejaka yang dicintainya itu memiliki ciri-ciri lelaki idamannya kerana memahami karier Sajat yang sentiasa sibuk. Untunglah Sajat! 

“Sajat akui sudah berpunya cuma soal teman hidup Sajat letakkan di tempat ketiga. Bagi Sajat bisnes dan keluarga lebih penting ketika ini dan pasangan hidup ibarat persinggahan.” 

Sumber: Instagram

Apa-apa pun kami doakan semoga Sajat berbahagia bersama yang tersayang. Nanti majlis jangan lupa jemput eh?

Baca: “Fattah sangat positif dan terbuka” – Sajat ‘Skandal’ Baru Fattah Amin? 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!