in

“Alhamdulillah makin gemuk, makin berisi” – Da’i Syed Sudah Bersedia Untuk Dibicarakan, Mahkamah Tangguh Kes Ke 19 Mac

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada Disember tahun lalu, kes melibatkan pendakwah selebriti, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal, 26 yang didakwa atas pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii, mencabul dan merogol dua wanita telah mendapat liputan meluas media.


Menurut mStar, sebutan semula bagi kes pendakwah ini yang sepatutnya berlangsung pada Jumaat telah ditangguhkan kepada 19 Mac depan. Peguam Da’i Syed berkata, proses sebutan semula kes tidak dapat berlangsung kerana kertas siasatan tidak dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya.

“Hari ini ditetapkan untuk sebutan kes dan sepatutnya untuk serahan dokumen. Namun difahamkan fail kertas siasatan tidak dibawa ke mahkamah. 

“Saya juga difahamkan fail itu masih berada di pejabat Pengarah Pendakwaan Selangor di Shah Alam. Oleh itu tidak boleh dibuat serahan dokumen, jadi mahkamah tangguhkan kes kepada 19 Mac untuk kedua-dua mahkamah,” kata peguannya.

Sementara itu, Da’i Syed yang hadir ke mahkamah hari ini dengan memakai sut berwarna kelabu ditemani pengurusnya Aizat Jaafar berkata, dia sudah bersedia untuk berdepan dengan perbicaraan.

Saya sihat, Alhamdulillah semua baik dalam keadaan elok. Of course saya bersiap sedia untuk dibicarakan… InsyaAllah. 

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan, yang support saya. Saya OK, Alhamdulillah makin gemuk, makin berisi,” katanya.

Disebabkan kes pendakwaan Da’i Syed melibatkan dua mahkamah berasingan, peguamnya berkata, pendakwah tersebut akan dibicarakan di satu mahkamah sahaja jika proses serahan dokumen yang dijelaskan tadi selesai.

Apa-apapun kita tunggu saja sehingga perbicaraan mahkamah selesai. 

Baca: “Siapa kita nak menghina nak mencaci” – Ramai Doakan Da’i Syed Supaya Tabah Hadap ‘Cacian’ Netizen

Sumber: mstar
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.