in

“Alasan dia tak boleh naik bas sebab hujan WTF!” – ‘Pendakwah Muda’ Mungkir Janji Dengan Pelajar Sekolah?

Banna

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak akhir-akhir ni, ada saja cerita tak best didengar mengenai Pencetus Ummah (PU) atau Pendakwah Muda yang muncul daripada program realiti TV.


Terbaru mengenai kisah lama yang diceritakan semula oleh seorang pengguna Twitter bernama Akim. Menurutnya, seorang pendakwah muda yang femes dan mula naik sekitar 2015 dulu pernah ‘mungkir janji’ dengan sekumpulan budak sekolah. Ye ke ni??

 

“Masa tu aku form five, batch kitaorang gila gila la respect dekat seorang pendakwah ni” 

Jadi kebiasaanlah untuk budak-budak sekolah idolkan mereka yang berilmu seperti golongan ustaz, pencetus ummah atau pendakwah muda yang sering muncul di kaca TV. Lagipun golongan ni banyak beri ceramah dan nasihat yang berguna untuk semua.

Sebab terlalu minat sangat dengan seorang pendakwah muda, pelajar sebuah sekolah di Pantai Timur ni anjurkan sebuah program dan jemput pendakwah tersebut.

F5

F5 2
sumber: twitter

 

“Sape dia ni? Boleh percaya ke pendakwah ni?” 

Pada mulanya, pengetua sekolah pelajar tersebut macam curiga sikit nak beri kebenaran menjemput pendakwah ni ke sekolah. Tapi sebab pelajar-pelajar ni beriya sangat dia pun luluskanlah. Tapi yang tak bestnya tetiba pulak si pendakwah ni tak angkat call masa hari majlis. Aduh apa pasal ni? 

Percaya

Percaya 2
sumber: twitter

 

“Alasan dia tak boleh naik bas sebab hujan WTF, alasan macam ni memang tak boleh pakai la…” 

Bila pelajar dah booked resort dan siap nak jemput daripada stesen bas lagi, tetiba pulak si pendakwah ini bagi alasan tak munsabah. Katanya sebab hujan, dia tak boleh nak baik bas. Aduh… Tak pasal-pasal event cancel macam tu je. 

Call Tak Angkat

Call Tak Angkat 2
sumber: twitter

Akim jugak mengaku yang dia tak buat cerita mengenai hal ni. Ada kawan-kawan yang satu sekolah dengan dia pun siap komen bagitahu benda yang sama. Stress sebab ‘pendakwah’ tersebut tak jelaskan kenapa tak boleh datang hari tersebut.

Respon Kawan
sumber: twitter

 

Kena ‘block’ dengan pendakwah muda itu tapi… 

Rupa-rupanya pendakwah yang dimaksud Akim tu ialah Aiman Banna. Meskipun pada mulanya Akim di’block’ penceramah tersebut dekat Twitter, tapi kemudian Aiman unblock semula Akim dan jelaskan cerita sebenar.

Dqlvduaucaugacs
sumber: twitter

Dqpdlikucaaoymo

Dqpdlilvyaa0W2
sumber: twitter

Ada betul juga apa yang dikatakan Aiman Banna ni. Dalam isu ni eloklah kita jangan bersangka buruk. Husnuzon sajalah kan. Mana tahu Aiman betul-betul ada kekangan pada hari tersebut dan tak boleh nak tunaikan janjinya untuk hadir dalam event tu.

Apa-apapun sebelum nak buat sebarang majlis atau jemput mana-mana orang penting ke majlis anjuran korang, lebih baik buat perjanjian bertulis atau set temujanji tu betul-betul takut nanti jadi perkara macam ni. Bila benda tak jadi, habis semua dapat malu.

Baca: Jangan malu-malu LGBT, DM sahaja saya!” – PU Amin Nak Taja 20 Pakej Umrah Percuma!

Dm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.