in

“Jangan malu-malu LGBT, DM sahaja saya!” – PU Amin Nak Taja 20 Pakej Umrah Percuma!

Puaminumrah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pencetus Ummah Amin sekali lagi menarik perhatian ramai hari ni lepas dia memuat naik posting mengejutkan di Instagram yang mengajak golongan LGBT mengerjakan ibadah umrah.

Lebih menarik, dalam posting tersebut PU Amin juga memaklumkan yang segala kelengkapan dan persiapan umrah tersebut akan tanggung sepenuhnya oleh syarikat penganjur.


https://www.instagram.com/p/BodEpLFhQqo/?taken-by=pencetusummah_amin

Walau bagaimanapun, peluang keemasan ini hanya terhad kepada 20 orang dan khasnya buat geng LGBT saja. Wah untungnya! Tapi nak pergi pakej umrah ni ada syarat-syaratnya tau…

Syaratnya anda wajib ikuti kelas bimbingan al-Quran, Akidah dan Fardu Ain dari saya. Kelas agama, kursus dan pakej umrah percuma. Saya buat 20 orang dulu,” kata PU Amin.

38469049 1828810473840613 8416668674907176960 N
sumber: instagram

Jelas PU Amin lagi, dia juga menawarkan diri untuk jadi mutawif khas bagi rombongan tersebut. Apa yang penting, mereka yang terlibat perlulah ikhlas untuk bertemu Allah SWT di Makkah dan Madinah. Kalau berminat, boleh saja DM PU Amin di Instagram dengan kadar yang segera. 

Posting ini telah mendapat respon yang positif daripada netizen yang menyokong usaha murni ustaz tersebut. Untung sangat bagi dorang yang terpilih tu…

Lgbt
sumber: instagram

Harap-harap posting PU Amin kali ni tak lah menjadi kontroversi di kalangan geng LGBT lagi! 

Baca: Sajat Ugut Nak Potong Kemaluan PU Amin

Pu Aminz Potong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.