Alami kesukaran bernafas menyebabkan penyanyi Amira Othman terpaksa menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Selangor pada Ahad.
Pengurusnya, Que Hanafi memaklumkan penyanyi itu kini berada dalam keadaan stabil namun masih mengalami sedikit batuk dan selesema, lapor mStar.
“Beberapa hari ini Amira mengalami demam, batuk dan selesema. Tapi semalam dia tiba-tiba mengadu sukar bernafas menyebabkan dia terpaksa di bawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
“Alhamdulillah hari ini keadaannya dilaporkan beransur baik, cuma masih batuk dan selesema saja,” kongsinya.
Artikel berkaitan: “Bila Pendekar Awang beraksi…” – Fattah Amin Tunjuk ‘Skill’ Bersilat Di Majlis Perkahwinan Raih Perhatian Ramai!
Artikel berkaitan: “Clingy rupanya Fattah ni..” – Gelagat Fattah Amin ‘Live’ Dengan Amira Othman Lepas Jadi Suami Isteri Buat Netizen Geli Hati
Sepatutnya terbang ke Korea…
Menurut Que, Amira dan Fattah sepatutnya terbang ke Korea pada hari ini (Isnin) untuk menjalani sebuah penggambaran, namun mereka berdua terpaksa bergerak asing kerana keadaan Amira masih belum pulih sepenuhnya.
“Kalau ikutkan pagi ini Fattah dan Amira akan terbang ke Korea untuk menjalani penggambaran sebuah jenama produk.
“Namun disebabkan Amira dirawat di hospital, hanya Fattah dan pasukannya saja pergi dahulu kerana pihak produksi sudah menunggu kami di sana.
“Insya-Allah jika keadaan Amira okay, kami akan bertolak ke Korea esok dan berada di sana selama seminggu untuk menjalani penggambaran,” katanya.

Terdahulu, Fattah berkongsi satu hantaran di laman Instagramnya, memohon orang ramai mendoakan kesembuhan buat isterinya.
Sumber: mStar
