in

Al-Quran Berdarah….

Syurga 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Al-Quran Berdarah....
Loading
/

Sebak hati admin baca berita ni!


Hajat dua orang anak nak hadiahkan senaskhah al-Quran yang dibeli kepada ibu tak kesampaian lepas dua beradik ni maut dalam kemalangan. Menurut Harian Metro, motosikal yang ditunggang si abang bertembung dengan bas ketika adik beradik ni dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Serai Wangi, Padang Serai, Sungai Petani. 

Syurga
sumber: harian metro

Kejadian yang berlaku jam 1 tengah hari semalam ni melibatkan mangsa, Muhammad Amirul Khusairi Amirashid, 21, yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss 120 dengan adik perempuannya, Nurul Atikah Amirashid, 19 tahun. Mereka berdua dikatakan merempuh belakang bas yang rosak di tepi jalan dekat Jalan Lencongan Timur, Amanjaya.

Akibat daripada kemalangan tu, si abang alami cedera parah di kepala dan muka menyebabkannya meninggal dunia di tempat kejadian. Manakala si adik yang parah di kepala, meninggal sebaik tiba di Jabatan Kecemasan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani. Allahuuu…

36480450 2054776008120189 21356819368640512 N
sumber: facebook

Menceritakan semula kejadian yang berlaku, ibu mangsa, Nariya Abdullah, 47 berkata, anaknya berdua tu keluar dari rumah dalam jam 11 pagi ke Sungai Petani untuk beli Al-Quran yang dipesannya.

“Kami sekeluarga baru keluar makan bersama malam tadi kerana arwah Nurul Atikah menerima gaji pertamanya dan saya ada meminta Amirul membeli senaskah al-Quran yang lebih besar bagi memudahkan untuk membaca.

“Adiknya kemudian berjanji mahu membelinya kerana dia tidak bekerja hari ini dan mengajak abangnya ke Sungai Petani untuk membeli al-Quran itu,” cerita Nariya, sebak.

Namun hati seorang ibu berkecai lepas dapat berita daripada suaminya, Amirashid Ibrahim, 49 bahawa anak mereka terbabit dalam kemalangan kira-kira jam 2.30 petang.

“Saya tidak sangka mereka keluar pagi tadi dan tidak kembali lagi dan lebih pilu apabila al-Quran yang dibeli tidak sempat diserah kepada saya.

“Biarpun sedih dengan apa yang berlaku di mana dua anak pergi serentak, namun saya dan suami reda serta bersyukur kerana mereka pergi dalam keadaan baik, Allah lebih sayangkan mereka,” katanya.

36429726 2054775958120194 1261335133516988416 N
sumber: facebook

Menurut Nariya, arwah Nurul Atikah sedang menunggu panggilan universiti dan kini bekerja di sebuah kilang dekat Prai, Pulau Pinang buat sementara waktu. Manakala abangnya pula memang nak sambung belajar tak lama lagi.

Setakat ini pihak polis telah mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara tu, netizen ada juga berkongsi momen arwah mengimamkan jemaah ketika solat di masjid. Merdu suaranya mengalunkan ayat-ayat Al-Quran. Syurga buat mu dik…

Admin doakan semoga ibu bapa mangsa tabahlah hadapi dugaan ni. Anak-anak syurga…

Baca: “Allah lebih sayangkan you” – Baru Tiga Minggu Berkahwin, Isteri Diduga Suami Mati Langgar Lori 

Mati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.