in

“Allah lebih sayangkan you” – Baru Tiga Minggu Berkahwin, Isteri Diduga Suami Mati Langgar Lari

Cinta Mati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa dapat sangka kan? Mungkin tiga minggu lepas kita bahagia sebab dapat kahwin dengan pasangan yang kita cinta. Tapi tetiba hari ni, orang yang kita sayang tu dah pergi bertemu Illahi.


Menurut mStar, perkara inilah yang menimpa Siti Muhaini Mohd Rozaini atau lebih mesra dikenali Ninie Rozaini lepas kisah mengenai kematian suaminya tu viral di Facebook semalam.

30221442 10210199043887013 557392628073628908 N
sumber: facebook

Ninie yang bernikah dengan Muhamad Husaini Jamil, 28, dah kehilangan suaminya selepas lelaki tu terlibat dalam kemalangan jalan raya dan menjadi mangsa langgar lari selepas motor yang dinaiki mangsa dilanggar sebuah kenderaan dekat NKVE, Subang Jaya.

Melalui posting Ninie, dia meluahkan rasa sedihnya akan pemergian suami yang baru dikahwini hampir tiga minggu lalu.

“Assalamualaikum Muhamad Husaini bin Jamil. Hai suami! I rindu you! Kita baru kahwin selama tiga minggu dan hari ini 6 April 2018, you pergi tinggalkan I untuk selamanya. 

“i tahu Allah lebih sayangkan you lah… sayang. Walaupun I jadi isteri you selama tiga minggu, I bersyukur. Ni apa yang Allah dah tulis, meninggal pada hari Jumaat yang mulia,” kata Ninie sambil berkongsi gambar bahagia dengan suami.

30124816 10210195082107971 8568170824254419958 N
sumber: facebook
Suami 2
kubur husaini | sumber: facebook

Menurut Ninie, masa hari kejadian, suaminya dalam perjalanan ke pejabat di Subang dari kediaman dorang yang terletak kat Setia Alam, Shah Alam. Pada pagi sebelum suaminya pergi, Ninie sempat hantar Husaini ke depan pintu rumah dalam jam 6.15 pagi dan dikejutkan dengan panggilan kematian suami dia 45 minit lepas tu. Aduhaii sedihnya!

Ninie jugak sempat cerita kenangan terakhir dia bersama suami yang menemani dia bersahur pada pagi sebelum kejadian. Kata Ninie, dia berpuasa ganti dan sunat sempena bulan Rejab dan hari ni merupakan hari keempat dia berpuasa dengan izin Husaini.

“Dia banyak mendiamkan diri dan hanya memandang saya makan. Dia cuma cakap dia izinkan saya untuk berpuasa. Dia tak jamah tapi sudi temankan sahur pada hari terakhir dia,” kata Ninie.

Lebih menyedihkan, masa Husaini nak keluar rumah, Ninie sempat salam tangan suaminya dia dan Husaini pula mencium dahi Ninie dengan berkata,

Sayang… nanti jumpa you lagi.” 

30414655 10210204354379772 8106615355790149487 N
sumber: facebook
30227146 10210204354939786 5960966921973010927 N
sumber: facebook

Menerusi posting dia lagi, Ninie cerita yang Husaini adalah seorang suami yang penyayang, baik dan tak suka ambil tahu hal orang lain. Tapi yang buat Ninie terkilan ialah hasrat suami dia nak tengok gambar perkahwinan dorang yang diambil jurugambar cepat siap tak kesampaian. Hmm nak buat macam mane kan…

“Saya mendoakan dia agar tenang di sana dan berharap Allah memberikan kekuatan kepada saya menjalani kehidupan tanpa suami di sisi,” kata Ninie lagi yang belum sempat berhoneymoon seperti yang dirancang lepas Aidilfitri.

Ajal, maut dan jodoh semua di tangan Tuhan kan? Harap isteri mangsa tabahlah hadapi dugaan. 

Baca: Suami Tidak Berjaya Selamatkan Isteri, Meninggal Dalam Kebakaran di Depan Mata 

Suami

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.