Viral dengan video tarian bersama skuad gengnya di Tiktok, Mummy Jerung Merah yang terkenal dengan tagline “Mummy Jerung nak lalu ni boss!” tak lama lagi dah nak jadi penyanyi!
Mummy Jerung Merah yang juga seorang usahawan kosmetik ini telah pun dilamar sebagai artis di bawah naungan syarikat rakaman Rocketfuel Entertainment. Kata Mummy Jerung atau nama sebenarnya Sofiaa Marieylla, dia tak sangka video-videonya yang dipost di Tiktok telah menarik minat syarikat gergasi dan ternama seperti Rocketfuel Entertainment.
Kata Mummy Jerung lagi, berada di bawah naungan syarikat besar ini akan membuka peluang baharu untuknya dalam dunia hiburan apabila berada di dalam syarikat besar bersama artis terkenal lain.
@sofiaamarieylla Mummy masuk studio jap ?? #akumummyjerung #squadjerungmerah #jerungmerah #jerungmerahniboss #sofiaamarieylla #melangkahtanpagiveup
Usahawan kosmetik yang berasal dari Marang, Terengganu ini juga berkata yang dia dah pun masuk studio untuk proses menyiapkan single pertamanya yang berjudul “Akulah Jerung Merah”.
“Banyak yang saya telah pelajari, InsyaAllah lagu ini akan dilancarkan dalam masa terdekat. Sama amat berharap agar buah tangan pertama ini mendapat maklum balas positif terutamanya daripada team Jerung Merah Original.”- Mummy Jerung
Katanya, jualan produk kosmetiknya juga kini mendapat sambutan yang memberangsangkan selepas video-videonya viral di Tiktok. Walaupun mendapat pelbagai komen, Mummy Jerung tetap tak akan berhenti melakukan video promosi untuk produknya di media sosial terutamanya Tiktok.
Bagusnya Mummy Jerung ni..Semoga lagu letops ya Mummy!
Baca: Meski Teruk Dikecam, Skuad Jerung Merah Pertahan Ahli Kumpulan Tak Hirau Cakap Warganet