in

Meski Teruk Dikecam, Skuad Jerung Merah Pertahan Ahli Kumpulan & Tak Hirau Cakap Warganet

Cats 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Belakangan ini, tular beberapa video dari sekumpulan usahawan yang menggelarkan mereka sebagai Skuad Jerung Merah di media sosial.


Dengan menggunakan dialek Terengganu dan tarian yang unik, Skuad Jerung Merah berjaya mendapat perhatian warganet. Difahamkan, mereka menggunakan aplikasi TikTok untuk mempromosikan produk yang dijual.

@sofiaamarieylla

Beri laluan ! Beri laluan ! ?#squadjerungmerah #teamsofiaahebat #jerungmerah #sofiaamarieylla #melangkahtanpagiveup

♬ original sound – Sofiaa Marieylla – Sofiaa Marieylla

@sofiaamarieylla

SQUADJERUNGMERAH ? #squadjerungmerah #teamsofiaahebat #sofiaamarieylla #jerungmerah #melangkahtanpagiveup

♬ original sound – Sofiaa Marieylla – Sofiaa Marieylla

Banyak jumlah tonton yang diterima, banyak juga kecaman yang diberikan oleh warganet terhadap Skuad Jerung Merah. Terbaharu, sorang ahli Skuad Jerung Merah yang dikenali sebagai Ain ada menerima kritikan yang mengutuk fizikal dan suaranya.

Dalam video tersebut, Ain menjelaskan dia sedar akan kekurangan fizikal yang ada pada dirinya. Namun, dia hanya mahu membantu keluarga dengan berniaga bersama pasukannya yang dikenali sebagai Skuad Jerung Merah.

“Ain tahu Ain huduh, muka berjerawat, muka hitam, suara sengau. Tapi Ain berusaha untuk bantu family Ain untuk berjaya dalam bisnes”, ujar Ain dengan nada kecewa.

1 1

Sambung Ain, dia semakin yakin untuk berjumpa dengan orang ramai selepas menyertai Skuad Jerung Merah. Ain turut memetik nama ‘Mommy Sofia’ sebagai individu yang sering memberinya semangat ketika jatuh.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut bersimpati dengan nasib Ain dan menasihati orang ramai agar tidak mempersendakan fizikalnya.

“Dia tahan nangis wey”

A

“Jangan keji anak orang…”

B

“Bila kutuk kulit orang dia dah jadi tak kelako…”

C

Meskipun video-video yang dihasilkan oleh Skuad Jerung Merah kebanyakannya lucu dan menghiburkan, ini tidak bermakna kita boleh menghina fizikal seseorang.

Apa pendapat anda tentang isu ini?

 

BACA: Viral TikToker Dedah Nail Polish Tak Boleh Tanggal Lepas Meninggal, Netizen Persoal Betul ke Mitos?

Capture 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.