in

Akui Hanya Masalah Salah Faham Rumah Tangga, Youtuber Terkenal Tarik Balik Laporan Polis Terhadap Suami

Sugu Pavitra

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemelut rumah tangga pasangan Youtuber terkenal mendapat perhatian ramai di Mahkamah Sesyen pagi ini apabila suami Youtuber terbabit, M. Sugu mengaku tidak bersalah memiliki senjata berbahaya di parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada Selasa lepas. 


Menurut The Star, peguam Sugu, Mahinderjit Singh berkata, Pavithra juga telah menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap suaminya pada Rabu lepas (22 Julai 2020). 

Tambah peguamnya lagi, kes ini hanyalah berkaitan salah faham suami isteri dan mereka berdua juga sudah mempunyai dua anak berusia 2 dan 8 tahun.

“Isterinya hanya mampu membayar ikat jamin antara RM5,000 dan RM10,000,” kata Mahinderjit.

41595558012 Freesize

Walau bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Waffy Ismail memohon mahkamah tidak menawarkan jaminan tetapi peguam Mahinderjit Singh memohon jaminan kerana ia merupakan kes keganasan rumah tangga.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh dikehendaki melapor diri di balai polis berhampiran pada setiap 1 hari bulan sehingga kes selesai.

51595557876 Suamiyoutuber

Mahkamah juga menetapkan 17 Ogos sebagai tarikh sebutan semula kes.

M. Pavithra, 28, yang turut berada di mahkamah dilihat sedang serius berbincang dengan peguamnya dan enggan memberi sebarang ulasan kepada wartawan.

Kita doakan yang baik-baik saja buat pasangan ini. 

Baca: Suami Youtuber Masakan Terkenal Didakwa Di Mahkamah Majistret Ipoh Sebab Mencederakan Isteri

Yt

Sumber: Astro AWANI
Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.