in

“Aku pulak rasa naik hantu dengar sebutan tu” – Netizen Geli Hati Dengar Mat Saleh TikTok Sebut Nama-nama Hantu Melayu

Pon Tai Nek

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjadi satu kebiasaan bagi orang Barat untuk sentiasa ada sifat ingin tahu mengenai budaya, adat resam atau apa-apa sahaja perkara menarik mengenai bangsa yang lain daripada mereka.


Sebagai contoh, seorang pengguna TikTok ‘Mat Saleh’ ini telah menggunakan platform media sosialnya untuk mengenali jenis-jenis hantu Melayu dengan menyebut nama-nama mereka.

Pun begitu, sebutan nama hantu-hantu tersebut nampaknya macam ‘pelik’ sikit sehinggakan netizen di Malaysia serta Indonesia geli hati mendengarnya. Adoi min tak tahu nak cakap apalah… 

Nah korang tengok video TikTok dari Vyom Moorjani kat bawah ni:

@asapvyom

Reply to @itzzrayyan_17 Pronouncing Malay Ghost names #ghost#malay#foryou

♬ original sound – Vyom Moorjani

@asapvyom

Pronouncing Malay Ghost Names Part 2 #malay#ghost#foryou

♬ original sound – Vyom Moorjani

Antara hantu-hantu yang disebutnya ialah Pontianak, Pocong, Toyol, Hantu Galah dan Hantu Air. Tapi yang buat netizen geli hati apabila dia menyebut nama-nama tersebut menggunakan slanga Inggeris sampaikan Pocong dah jadi ‘pokong’ (ini macam bunyi nama kedai emas).

Lepas tu yang paling menarik, Pontianak pula jadi sebutan ‘pon-tai-neck’ dan Hantu Air dah jadi hantu angin. Halamak aii… 

 

“Nama hantu melayu dah jadi glamour!”

Rata-rata netizen yang melihat video TikTok tersebut tidaklah mengecam, namun hanya geli hati dengan sebutan tersebut yang ternyata memang salah belaka.

Nama Hantu

Korang lepas ni jangan gelak pulak eh kalau jumpa hantu-hantu kat atas tu. 

Baca: “Habis botak” – Netizen Terbahak Tengok Mat Saleh Buat TikTok Kupas Rambutan Pakai ‘Peeler’

Rsambutan

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.