in

“Aku panggil jate rogol mu ramai-ramai!”

Rogolzzz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gara-gara sakit hati suaminya curang dengan wanita lain, seorang peniaga pakaian online buat kerja gila dengan mengugut untuk panggil ramai lelaki rogol kekasih suaminya. Adoi! 


Menurut Harian Metro, mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda RM2,500 ke atas tertuduh, Nur Eznie Syarmimy Ab Aziz, 26 yang mengaku salah akan kelakuannya tu. Malah jika Eznie tak bayar denda, dia jugak bakal berdepan dengan hukuman penjara 4 bulan!

Rogol
sumber: harian metro

Suspek yang jugak seorang ibu kepada bayi berusia setahun telah mengugut Nuraziera Awang, 21 tahun dengan berkata,

“Kalau mu tok sey (tak mahu) buka baju, aku panggil sek jate (kumpulan lelaki) bawah mari atas rogol mu ramai-ramai. 

“Jika mu lawan, aku akan boh (letak) dadah dalam bilik ni, lepas tu panggil polis bagi mu kena tangkap!” kata Eznie. Fuh main dadah pulak! Apa ni…

Ugutan ini dibuat Eznie dekat sebuah bilik hotel di Jalan Dusun Muda antara jam 7 malam dan 8.45 malam pada 31 Ogos. Akibat takut dengan ugutan tersebut, mangsa kemudian buat laporan polis.

Image 9
sumber: sinar harian

Peguam suspek bagaimanapun meminta hukuman denda minimum dikenakan ke atas anak guamnya kerana dia mempunyai anak yang masih kecil.

Haih lelaki yang curang, perempuan yang terima padahnya… 

Baca: “Kenapa rotan lesbian tapi tak rotan perogol di khalayak ramai?”

Seks

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.