Penyampai radio Suria Fm, Fizi Ali baru-baru ini ada ‘lepas geram’ di Instagram dengan menyatakan bahawa kehidupannya musnah disebabkan bekas isterinya, Shakila Khoriri.
Sabar ada tahapnya…
Dalam perkongsiannya menerusi IG Story, dia mengatakan bahawa dia sudah lama bersabar dengan perangai Shakilla. Tambahnya dia selama ini hormat Shakilla sebagai ibu kepada anaknya dan enggan buka aib.
“Aku hormat sebelum ini sebab kau tu mak kepada anak aku dan kita pernah bersama. Aku tak nak buka mulut sebab aku nak jaga aib kau. Kau dah makin lama makin melampau.”
Tambah Fizi atau nama penuh Mohd Hafizudin Alimudin turut menyatakan bahawa kesabarannya juga mempunyai batasan.
“Sabar ada tahapnya. Aku rasa makin lama makin nipis ni. Hidup aku dah jahanam, sekarang aku hilang semua benda semua sebab kau.
“Kau tak sedar lagi ke ha…? Sekarang kau saja nak cari pasal lagi dengan aku.”
Untuk rekod, Fizi dan Shakilla bercerai pada Disember tahun lalu selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Ameena Sofea yang kini berusia tiga tahun.
Baca : “Mesti ayah setuju” – Gara-gara Berbalas Komen Di TikTok, Fizi Ali Dah Jumpa Pengganti Shakilla?