Siapa masih ingat lagi dengan berita mengejutkan pasangan selebriti Fizi Ali dan juga Shakilla Khoriri yang telah bercerai pada hujung tahun lepas?
Ini kerana ramai yang tidak menjangkakan pasangan yang boleh dikatakan tiada kontroversi sepanjang mendirikan rumah tangga berakhir dengan penceraian. Mereka berdua juga bersepakat untuk menjaga anak perempuan mereka Ameena yang kini berusia tiga tahun.
Walau bagaimanapun, belum sampai setahun bercerai, Fizi Ali didakwa telah jumpa pengganti bekas isterinya selepas berbalas komen dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Shahida di TikTok.
@cyidashahida Reply to @fiziali ayah saya kata oke 🤪 #fyp #foryou #ditaja #esekeli
“Aduhh taknak laki pulakkkk” – Komen Fizi Ali
Video tersebut merupakan kompilasi video berserta gambar-gambar Shahida bersama Fizi Ali dan ia merupakan balasan kepada komen Fizi Ali kepada video terdahulu Shahida yang turut dimuatnaik di TikTok miliknya.
@cyidashahida Saya yang menurut perintah #fyp #foryourpage #esekeli
“Sorry, tapi kami team Shakilla”
Perkongsian yang telah mendapat lebih dari sejuta tontonan itu nyata menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang rata-rata tidak menyangkakan bahawa Fizi Ali telah menjalin hubungan cinta dengan orang lain walaupun baru saja berpisah.
Tak kurang juga yang menyuarakan rasa simpati mereka kepada Shakilla yang kini sedang sibuk menjaga anak mereka kerana kurang sihat. Bukan itu saja, sebahagian komen turut mengharapkan ianya bukanlah satu content semata-mata.
“klu betul, just doakan yg terbaik.. klu sje² buat content nk naikkan view, aku bleh ckp memalukan kaum wanita jela..” – Komen netizen
Apa-apa pun, kita doakan je yang terbaik untuk diorang okay? Kalau jodoh, memang takkan ke mana…