in ,

“Aku menangis 3 hari, sekarang turn kau pulak” -Ex-GF Hantar Satu Tan Bawang Depan Rumah Ex-BF Supaya Dia Menangis

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Orang kalau dah break up dengan pasangan, masing-masing ada cara nak nak move kan. Ada orang  sibukkan diri dengan hal masing-masing, ada yang fokus dengan kerjaya dan ada juga yang menghabiskan masa dengan menangis sepanjang masa.

Macam yang berlaku di China, ex-girfriend lelaki ini hantar satu tan bawang ke rumah ex-boyfriend nya supaya dia menangis macam mana yang berlaku dengan perempuan itu.Tujuannya untuk membalas dendam dengan pengkhianatan cinta yang telah dilakukan oleh lelaki berkenaan, lapor Dailymail.

Wanita yang dikenali sebagai Zhao itu marah lepas dapat tahu daripada kawannya yang ex-boyfriend nya tak nangis pun lepas mereka berpisah sedangkan wanita berkenaan telah menghabiskan masa 3 hari untuk menangis.

So, dia order satu tan bawang untuk diletakkan di depan rumah ex-boyfriend nya beserta dengan pesanan ringkas .

“Aku dah menangis 3 hari, sekarang giliran kau pulak” 

Uish, dahsyatnyaa. Betul tak puas hati dia ni. 

Mungkin dia nak bagi air mata lelaki ini mengalir, ye lah kalau mata dekat dengan bawang kan mesti rasa nak nangis. Automatik air mata akan mengalir.

Dalam pada itu, orang yang hantar bawang tu ambil masa 4 jam untuk mengalihkan semua bawang itu daripada truck ke pintu depan rumah lelaki berkenaan.

Kesan daripada itu, satu apartment bau bawang sampai dapat complain daripada jiran.

Sebab nak buat ex-boyfriend nangis je? Ke masih sayang lagi ni, sebab tu nampak macam masih caring… 

Baca : “Savage habis” – Selamba! Instafamous Putus Dengan Bf Guna Iklan Instagram Lepas Tahu Dia Curang

 

 

 

Sumber: DailyMail
Sumber: DailyMail
Sumber: DailyMail
Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari: