in

“Aku kaya jugak” – Ifa Raziah Tak Kisah Tersingkir, Percaya Ramai Peminat Masih Sokong

Collage 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain Anugerah Industri Muzik 23 (AIM23), berlangsung juga pertandingan nyanyian Terpaling Juara yang disiarkan secara langsung di TV3 malam tadi.


Macam yang korang tahu, sejak dari awal lagi, Ifa Raziah yang merupakan salah satu peserta rancangan ini telah mendapat perhatian ramai apabila dia dikatakan tak boleh menerima kritikan yang diberikan oleh juri dan netizen terhadap nyanyiannya.

Seperti yang dijangkakan ramai, Ifa Raziah telah diumumkan tersingkir selepas empat minggu berentap dalam program realiti ini. Namun, ianya tidak mematahkan semangat penyanyi dangdut ini yang menganggap ia merupakan adat pertandingan.

Menerusi temubual yang dimuat naik di Instagram Terpaling Juara, Ifa mengatakan bahawa dia telah menjangkakan bahawa dia akan tersingkir namun tak terkilan kerana yakin telah memberikan persembahan terbaik.

Bukan kita tak biasa masuk pertandingan, ini la adatnya, ada kalah dan menang. kita kena terima dengan hati yang terbuka.mungkin aku tak cukup bagus, ada yang lebih bagus daripada kita.”

Manakala menerusi temubual bersama Xtra, Ifa menganggap segala kecaman dan kritikan yang diterima olehnya sejak masuk program ini adalah sebagai marketing untuk perniagaannya juga.

Tambahnya lagi, dia percaya ramai rakyat Malaysia yang masih menyokong perjalanan kariernya serta perniagannya.

Kepada yang tak suka aku itu, aku okay sahaja. Tapi aku berterima kasih kerana haters-haters inilah yang bagi free marketing untuk aku, alhamdulilah. aku semakin dikenali, diperkatakan dan dipertikaikan.

“Yang ketawakan aku pun, macam itu juga hidup kau. Aku ada produk sendiri dan kaya jugak.”

Ada betulnya juga apa yang Ifa cakap tu…

 

Baca: “Mariah Carey nyanyi pun sumbanglah!” – [VIDEO] Ini Respon Ifa Raziah Bila Nyanyiannya Dikritik…

Collage 10 758X399.Png 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.