in

“Aku harap kau bertaubat” – Wanita Didakwa Pengkid Tunai Umrah di Makkah, Siap Pakai Ihram?

Pengkid Tunai Umrah Pakai Ihram

Tidak lama dulu, pernah tular di media sosial, seorang wanita bernama Aliya Mansor mendedahkan bahawa dia pernah ditipu seorang pengkid (wanita yang berperwatakan seperti lelaki) yang mengaku dirinya sebagai lelaki tulen.

Menerusi perkongsian Aliya, perbuatan wanita itu terbongkar apabila ada followersnya di Instagram memaklumkan bahawa teman lelakinya itu sebenarnya seorang perempuan walaupun wanita itu menafikannya siap mengatakan dia seorang doktor yang menetap di Arab Saudi!

Korang boleh tengok video berkenaan hal ini kat bawah… 

@aliabangs2

Hm melintang terlentang

♬ CASABLANCA – Nuha Bahrin & Naufal Azrin

Pengkid pergi umrah berpakaian ihram? 

Namun cerita itu nampaknya tidak berhenti di situ sahaja apabila hari ini, Aliya mendakwa yang pengkid berkenaan buat hal lagi dan telah melanggar hukum agama Islam.

Menerusi postingnya di Twitter, Aliya memberitahu bahawa bekas ‘teman lelakinya’ itu telah pergi mengerjakan umrah dengan memakai pakaian ihram (pakaian yang dipakai oleh orang lelaki ketika menunaikan haji atau umrah). Allahu! 

Pengkid Umrah

Berani eh? Sesak nafas rasa. Aku kau bertaubat la Nur *******. Berapa ramai lelaki batal wuduk,” tulisnya.

Bercakap kepada Lobak Merah, Aliya mendakwa yang wanita berkenaan telah mengerjakan umrah dengan menggunakan visa pelancong dan memasuki Arab Saudi melalui Riyadh.

“Kau nak cakap aku fitnah? Aku ada ss kau ajak aku kahwin” 

Dalam pada itu, Aliya juga meluahkan rasa kesal dan marahnya atas tindakan wanita berkenaan yang mempermainkan hukum Tuhan, di samping dia juga mengakui mempunyai bukti kukuh bahawa pengkid tersebut merupakan wanita menerusi rekod kad pengenalan dan lesen milik individu itu yang dimilikinya.

Rekod

Isu ini jelas menimbulkan kerisauan di kalangan netizen akan tindakan pihak Arab Saudi apabila mengetahui hal tersebut. Ada juga yang takut pihak Saudi akan mengurangkan kuota haji dengan wujudnya berita berkenaan. Aduhai…

Apa-apapun berkenaan isu terbatalnya wuduk di kalangan jemaah umrah apabila bersentuhan dengan pengkid berkenaan, ada yang menjelaskan bahawa ia tidak batal kerana individu yang mengerjakan umrah tidak mengetahui ‘lelaki’ tersebut merupakan seorang wanita.

Dosa

Buat masa ini masih belum ada kenyataan rasmi dari pihak berwajib. Apa-apapun perkara ini buat admin teringat akan kes Sajat semasa mengerjakan umrah satu ketika dulu.

Alahai dorang ni tak takut dosa ke, beraninya buat perangai macam ni… 

Baca: “Ku sangka Rocky, rupanya Rokiah!” – [VIDEO] Gadis ‘Terkena’ Bercinta Dengan Wanita Mengaku Diri Lelaki

Rocky

Sumber: Twitter