in

“Aku doakan pelaku dilaknat” – Kucing Sarat Hamil 6 Ekor Anak Disimbah Minyak Panas Oleh Manusia Kejam!

Haih Kucing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sungguhpun manusia sekarang sudah hidup secara bertamadun, masih ada juga di kalangan mereka di luar sana yang berkelakuan seperti orang tak ada akal. Haiwan comel dan tiada salah silap dicederakan dan didera tanpa belas kasihan.


Menerusi satu perkongsian di Facebook, seekor ibu kucing yang sarat hamil kena simbah dengan minyak masak hidup-hidup. Kasihan tengok kulitnya… habis kena masak! 

 

“Pemilik jumpa mama cat selepas bau macam daging masak. MashaAllah, Allah saja tahu betap peritnya hati” 

Menurut penulis, kucing yang hamil dengan 6 ekor anak ini lapar selepas terbau makanan dari satu premis. Tapi dek kerana manusia kejam tak suka pada kotoran yang ada pada kucing, tak pasal-pasal haiwan ini dijirus dengan minyak panas.

Simbah

69248205 1106542576209295 6024865163734155264 N

69110794 1106542669542619 6163338255136718848 N

69369845 1106542632875956 276409668375412736 N

69561766 1106542662875953 7867201826418851840 N
sumber: facebook

Pun begitu, mujurlah kucing ini berjaya lahirkan 6 ekor anaknya dalam keadaan sihat!

69172831 1106542599542626 7088672054068641792 N

68760500 1106542639542622 7692745786773209088 N

69451044 1106542579542628 5430033672369602560 N

69361971 1106542709542615 5440057851160559616 N
sumber: facebook

Sedihnya… tengok ibu kucing peluk anak walaupun dalam keadaan sakit. 

 

“Terima kasih pencinta kucing… Anda penyelamat haiwan kesukaan Nabi Muhammad” 

Rata-rata sangat terharu dengan tindakan penyelamat kucing tersebut yang sanggup membawa kucing tu klinik veterinar. Kalau tak ada siapa yang selamatkan kucing tu, entah apa nasib anak-anak di dalam perutnya.

Pencinta Kucing
sumber: facebook

Semoga kita dijauhi daripada sikap kejam seperti itu.

Baca: “Tak ada kaki bukan penghalang” – [VIDEO] Lelaki OKU Sanggup Merangkak Ke Longkang Besar Demi Selamatkan Anak Kucing

Oku

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.