in

“Aku betul-betul tidak boleh percaya. Muka macam orang baik, siap berkopiah tapi sanggup menganiaya orang!”

Pemandu Bmw

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap orang pasti akan lalui situasi yang membuatkan kesabaran mereka diuji. Seperti seorang lelaki yang telah berkongsi bagaimana pertemuannya dengan lelaki lebih berusia telah membuatkan kesabarannya tercabar.


Menurut perkongsian itu, lelaki tersebut menekankan supaya kita jangan sekali-kali mempercayai seseorang melalui rupa luaran dan penampilan mereka.

Lelaki itu menceritakan satu kejadian di mana dia bersama isteri berdepan dengan seorang lelaki di sebuah gerai ketika mahu parkir kenderaan. Menurutnya, pada hari itu demi menuruti keinginan isterinya yang sedang mengandung, mereka telah singgah di sebuah gerai tepi jalan untuk membeli pisang goreng.

Ternampak tempat yang sesuai untuk parkir, lelaki itu memberi signal untuk masuk tetapi tiba-tiba mereka terdengar bunyi yang kuat dari belakang di bahagian kiri kereta. 

Rupa-rupanya keretanya telah dilanggar oleh sebuah kereta BMW yang dipandu seorang lelaki ketika sedang mengundurkan kenderaannya itu.

Pemandu1
sumber: facebook

Selepas keluar dari kereta, kedua-dua mereka mula menyalahkan sesama sendiri. Menurutnya, pemandu BMW itu telah menuduhnya masuk parkir membabi buta.

“Pakcik tu argue aku masuk parking membabi buta . But hei, jalan tu jalan kecil, orang lalu lalang sebab banyak gerai, so memang tak boleh laju.”

Lelaki itu kemudian bertanya mengapa pemandu tersebut tidak memandang cermin belakang ketika mengundurkan keretanya dan pemandu berkenaan memberitahu bahawa dia sudah berbuat sedemikian namun tidak nampak ada kereta di belakang.

Disebabkan kedua-dua individu tidak mahu mengalah dan mengaku salah, mereka berdua membuat keputusan untuk ke balai polis. Tiba di balai polis, pegawai telah mengambil keterangannya terlebih dahulu.

“Polis cakap kalau ikut keadaan, memang pakcik tu salah sebab main reverse tak tengok belakang.”

Mendengar kata-kata pegawai itu, lelaki tersebut tersenyum dan bersyukur kerana ternyata bukan salahnya dalam hal berkenaan. Namun, pegawai itu memberitahu bahawa mereka juga perlu mengambil keterangan pemandu BMW tersebut.

Pemandu2
sumber: facebook

Polis kemudian memanggil pemandu itu pula untuk mengambil keterangan darinya. Tetapi apa yang diberitahunya kepada pihak polis sangat mengejutkan lelaki berkenaan. Ternyata keterangan yang diberikan bercanggah dengan apa yang dikatakan pada awal insiden berlaku.

“Pakcik tu bagitau polis dia tidak reverse dan kereta dia statik semasa kejadian dan aku yang langgar kereta dia?”

So, what happened to things you’ve said to me earlier? ‘Pakcik tak nampak ada kereta time reverse?’ Tapi dengan polis kau bagi keterangan putar alam! Dasar penipu.”

Lelaki itu yang nyata tidak sangka kes tersebut menjadi berlarutan sehingga begitu sekali mengakhiri perkongsiannya dengan berkata bahawa dia sama sekali tidak percaya dengan apa yang berlaku.

“Aku betul-betul tidak boleh percaya. Muka macam orang baik, siap berkopiah. Tapi sanggup menganiaya orang! Penipu.”

Siapa tak sakit hati kalau kena macam ni. Kalau salah, mengaku jela!

Baca: Lelaki Tunjuk Jari Tengah, Tidak Mengaku Langgar Kereta Kerana Tidak Beri Signal

Bg2 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.