in

Aksi Gadis Berhijab ‘Tayang’ Saiz Payudara, Punggung Naikkan Kemarahan Netizen

G

Kalau dahulu, gadis yang berhijab selalunya dikenali sebagai gadis yang menjaga budi pekerti, lemah lembut dan bermaruah. Namun lain pula yang berlaku di zaman sekarang. Tak sangka perangai segelintir gadis ini boleh jadi begitu buruk!

Menurut mStar, dua gadis berhijab telah menaikkan kemarahan netizen selepas video ‘pengenalan diri’ mereka menjadi tular di media sosial.

Tidak pasti sama ada video tersebut dirakam untuk tujuan uji bakat atau hanya untuk mengisi masa terluang, gadis-gadis ini tanpa segan silu telah menayangkan ‘aset’ mereka kepada umum.

Menerusi video yang berdurasi 40 saat, gadis berusia 20 tahun dilihat memakai baju T ketat berwarna merah jambu sedang memperkenalkan diri. Dia kemudian memberitahu perincian ukuran badannya termasuklah saiz dada, pinggang dan punggungnya. Dah kenapa nak beritahu saiz semua ni? 

“Paras ketinggian saya 154sm (sentimeter), mempunyai berat 30kg (kilogram). Saiz ukuran badan pula… saiz ukuran dada ** inci… saiz **, ukuran pinggang pula 32 inci dan saiz ukuran punggung 42 inci,” kata gadis tersebut tanpa segan silu.

Tayang 2
sumber: mstar
Y
sumber: mstar

Manakala satu lagi video pula menunjukkan seorang lagi gadis berhijab yang memakai baju ketat berwarna hitam dan berseluar merah jambu mengucapkan hal yang lebih kurang sama dengan gadis di video sebelum ini.

“Umur saya 24 tahun. Tinggi saya 156sm, berat saya 56kg. Buah dada saya ***, pinggang saya 28 inci. Terima kasih,” katanya dengan nada manja.

Tayang
sumber: mstar
T
sumber: mstar

Video tersebut telah mendapat ratusan perkongsian dan rata-rata netizen terkejut dengan apa yang dilakukan dua gadis tersebut termasuklah pihak yang menyebarkan rakaman itu ke media sosial.

Komen Tayang
sumber: mstar

“Ni lagi satu kes. Apa ke hal minah-minah tudung sekarang ni? Tak fahamlah. Nanti dikutuk, marah pula. Terang-terang kau dah tunjukkan shape body (bentuk badan) kau. Tentulah macam-macam komen kau dapat,” kata seorang netizen.

“Tak guna kau pakai tudung kalau masih tersembul buah dada kau tu. Sama je dosa kau kalau buka tudung tu,” kata netizen lain yang berang dengan tindakan gadis itu.

Namun ada juga di antara netizen yang menganggap gadis-gadis ini mungkin menjadi mangsa kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Syak ada orang suruh dia buat video untuk model atau apa-apa, dan dia ****** pergi buat dan hantar,” kata netizen.

“Ni dia hantar untuk jadi model lah… orang yang tak bertanggungjawab yang sebarkan,” kata seorang netizen.

Walau apapun sebabnya, sebagai seorang wanita tidak manislah merakam video yang agak menonjol macam tu. Jaga maruah diri. Buat malu je kena kecam dengan orang ramai. Ish, ish, ish! 

Baca: “Saya sakit hati tengok buah dada isteri dah tak comel macam dulu. Nafsu saya terbantut…” 

2 3