in

Akibat Makan Makanan Mentah! Doktor Jumpa Cacing 3cm Dalam Tekak Wanita Lepas Makan Sashimi

Untitled Design 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasti diantara korang yang suka makan sushi dan makan makanan Jepun kan? Tetapi lain pula yang terjadi kepada seorang wanita di Jepun ini selepas dia terpaksa menanggung kesakitan di tekak selama 5 hari berpunca dari cacing yang terdapat di dalam makanan yang dijamahnya iaitu Sashimi.


Menurut sumber, perkara yang berlaku di Tokyo itu difahamkan hanya disedari wanita berumur 25 tahun itu selepas dia bertemu doktor disebuah hospital untuk mencari punca dia mengalami sakit tekak yang berlarutan.

Dia dalam masa sama turut memaklumkan kepada doktor bahawa dia ada menjamah satu set sashimi sebelum mula merasai sakit tekak tersebut. Doktor yang merawatnya kemudian terus melakukan pemeriksaan di bahagian tekak dan hasilnya begitu mengejutkan!

5F087D0B5Af6Cc72Ca6A3Ca8

Doktor telah menemui satu ‘objek’ kecil kehitaman yang sedang bergerak-gerak di sebalik tonsil kiri wanita tersebut yang kemudiannya dikenal pasti sebagai cacing parasit jenis Pseudoterranova Azarasi.

Doktor kemudiannya bertindak menarik keluar cacing tersebut sekaligus melegakan kesakitan yang dihadapi oleh wanita berkenaan.

Sashimi adalah sejenis makanan Jepun yang berisikan ikan mentah. Menurut Insider, kes ini diklasifikasi sebagai satu kes yang luar biasa memandangan kebanyakan penemuan cacing adalah di bahagian usus manusia dan bukan di bahagian mulut.

Baca: “Kembang tekak tengok” – Rebus Telur Untuk Dimakan, Tapi Terkejut Tengok Telur Jadi ‘Cacing’

1 5 1

Sumber: Insider

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.