in

“Akhirnya jumpa pun anak-anak kitty”- Rapid KL Berjaya Selamatkan Anak Kucing Sesat Di MRT Sungai Besi

collage 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tidak tersentuh melihat situasi di mana ibu kucing tercari-cari anak-anaknya yang hilang? Sudah pasti kita akan berusaha membantu mencari anak-anak kucing itu jika berada dalam keadaan tersebut.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seekor ibu kucing yang sedang ‘memanggil’ anaknya yang tersesat di atas bumbung MRT Sungai Besi.


Artikel Berkaitan: “Ya Allah kesiannya” – Anjing & Kucing Ditemui M*ti Dalam Klinik Veterinar Terbiar

Artikel Berkaitan: “Rupanya fake…” – Pakar Dedah Gambar Anjing Selamatkan Kucing Ketika Banjir Thailand Sebenarnya Janaan AI

Hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok bernama @hdhd06390 itu meraih perhatian ramai apabila kelihatan si ibu kucing sedaya upaya memanggil anak-anaknya yang berada di atas bumbung MRT turun kerana ia tiada akses ke area itu.

Pengguna TikTok itu turut berkongsi bahawa dia menunggu hampir satu jam di stesen MRT tersebut untuk menemani ibu kucing itu dan telah membuat laporan kepada Rapid KL tentang isu berkenaan.

@hdhd06390going back home, then noticed ada this one cat meow from bawah and pandang macam minta tolong (bagi signal) yang anak dia dekat atas🥹i waited there for almost 1hr teman mak dia, taktahu berapa lama la anak dia dekat atas tu hm lodged a report to rapid kl, hopefully ada yang take action untuk keluarkan kucing tu, kesian sangat mak dia dah nak tak ada suara sebab panggil and tunggu anak dia dari bawah♬ I Thought I Saw Your Face Today – She & Him

“Hampir satu jam saya tunggu di sana teman mak dia, tak tahu berapa lama la anak dia dekat atas tu. Saya dah buat laporan kepada Rapid KL, harapnya pihak mereka akan ambil tindakan untuk keluarkan kucing itu. Kesian mak dia dah nak tak ada suara sebab panggil dan tunggu anak dia dari bawah.” 

Susulan video tular, pihak Rapid KL telah mengambil tindakan segera dengan menyelamatkan anak-anak kucing yang tersesat di bumbung stesen berkenaan.

Dua hari selepas kejadian, Rapid KL telah memberikan ‘update’ mengenai anak kucing yang mereka berjaya diselamatkan.

@myrapidklKita dah jumpa mommy cat dengan anak-anak kitty dekat MRT Sungai Besi. Bertambah dah majikan kami 🥹 Kalau ada yang sudi nak adopt, please adopt mak & semua anak sekali ya 🫶🏻♬ original sound – Rapid KL

Rata-rata netizen meluahkan ucapan terima kasih kepada pihak Rapid KL kerana berjaya menyelamatkan beberapa ekor anak kucing dan ibunya yang dalam kesusahan.

Sumber: TikTok , TikTok 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.