in

“Girls Generation is back!” – Peminat Teruja, SNSD Buat Kemunculan Semula Lepas 4 Tahun ‘Menghilang’

Snsd Feat Img 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kumpulan K-Pop ikonik Girls Generation atau dikenali sebagai Sonyeo Sidae (SNSD) buat pertama kali akan membuat kemunculan semula dengan semua 8 ahli kumpulan berkenaan (kecuali Jessica).


Sebelum ini, memang banyak ura-ura yang bahawa anggota kumpulan SNSD yang terdiri daripada Taeyeon, Sunny, Tiffany, Hyoyeon, Yuri, Sooyoung, Seohyeon dan Yuna ini bakal mengadakan reunion dan semalam, para peminat SNSD seluruh dunia tak senang duduk selepas melihat trailer terbaru rancangan ‘You Quiz On The Block’.

Difahamkan, sebelum ini memang mereka seakan-akan sengaja ‘mengacah’ untuk mengadakan reunion kesemua ahli kumpulan tersebut dan persoalan peminat selama ini terjawab baru-baru ini.

Para peminat yang merindukan kemunculan semula SNSD sangat teruja dan masing-masing berkongsi keterujaan tersebut di Twitter dan kumpulan tersebut sempat menjadi ‘trending’ di Twitter di beberapa buah negara seperti Thailand, Filipina, dan lain-lain.

“Saya rasa hampir setahun sejak kali terakhir kami telah berkumpul bersama-sama” 

Snsd Comeback

Dalam klip pendek tersebut, terdapat satu babak yang menghiburkan ramai apabila salah seorang daripada ahli kumpulan berkenaan Tiffany mengatakan bahawa mereka ada membuat perjumpaan pada tahun lalu, dan ianya adalah sambutan hari lahirnya.

Namun, jawapan tersebut menjadi bahan tawa keseluruhan ahli kumpulan berkenaan kerana apa yang ditanya adalah kali terakhir mereka muncul di kaca tv dengan kesemua anggota lengkap.

Menjengah ke Twitter, memang ramai peminat mereka dari seluruh dunia sudah tidak sabar menantikan episod berkenaan yang dijangka ditayangkan pada 1 September nanti di saluran tVN dan difahamkan akan dimuatnaik ke YouTube juga.

Snsd Twitter Reaction 4

Harapnya adalah projek terbaru nanti dari kumpulan ikonik ini yang kali terakhir mengeluarkan album pada tahun 2017 sempena ulangtahun ke-10 sebelum 3 daripada ahli kumpulan berkenaan iaitu Tiffany, Sooyoung dan Seohyun membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak mereka namun masih bersama kumpulan yang membuat kemunculan pada tahun 2007 ini.

Harap adalah projek lain selain daripada reunion untuk rancangan tVN ini nanti!

Baca : Pasukan Memanah Korea Selatan Menang Emas Olimpik, Kecewa Sebab Minta Lagu BTS Tapi Dapat Blackpink

Memanah Korea

Sumber: YouTube
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.