AirAsia Dikritik Netizen Kerana Papar Iklan Ini Yang Dianggap Berunsur Seksual

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Sebelum ini kecoh kisah AirAsia dan FireFly sindir Malindo Air isu calon mereka yang perlu berbogel. Baru-baru ini AirAsia pula menjadi sebutan ramai akibat iklan yang dimuat naik ke akaun Facebooknya yang berbaur lucah.

Ayat utama yang tertera pada iklan itu ialah “OMG! (klik untuk lihat)”. Manakala tajuk kecil pada bahagian bawah iklan itu pula berbunyi, “Anda bukan berangan-angan! 10,000 kerusi daripada harga serendah RM99.”

Apabila diklik imej tersebut, ia menunjukkan lukisan wanita yang teruja memegang angka “99” untuk memaparkan harga promosi istimewa tambang murah yang ditawarkan oleh operator penerbangan popular berkenaan. Wanita di dalam iklan tersebut seolah-olah ‘teruja’ menunjuk buah dadanya.

Iklan ini terima banyak kritikan daripada netizen.

“This is kinda inappropriate from a well known Malaysian brand. I am kind a shocked that this was green lit. Anyways, nice 9’s and awesome click bait”

“Oh my god. I can believe such a famous and supposedly progressive brand made such a primitive ad. Really shame on you AirAsia boo”

“I do not think using this approach is appropriate. I was shocked because this look so low class and seems gender discrimination”

Mesej yang dipetik daripada laman AirAsia berbunyi,

“AirAsia menyedari maklum balas yang diterima berhubung iklan yang dipaparkan di laman Facebooknya yang telah dikeluarkan selepas kajian menyeluruh.”

AirAsia turut memohon maaf atas kesulitan yang telah berlalu disebabkan oleh iklan tersebut. Baguslah!

Harapnya selepas ini, AirAsia tidaklah mengulangi kesilapan yang sama ya 🙂

Baca: Aeril Zafrel Dikecam Netizen Kerana Tunjuk Isyarat Lucah Sewaktu Sesi Penggambaran

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Zarith Sofea

Seorang gadis yang minat membaca dan melayari internet untuk lebih cakna tentang gosip dan berita terkini. Peka dengan keadaan semasa tetapi tidak mudah terpengaruh dengan budaya fitnah yang tidak sihat.