in

Aeril Zafrel Dikecam Netizen Kerana Tunjuk Isyarat Lucah Sewaktu Sesi Penggambaran

Wawa Featured

Biasalah kalau sudah bergelar artis, segala tingkah laku yang dipaparkan di media sosial pasti akan mendapat perhatian netizen. Sebab itulah banyak artis di Malaysia mengambil pendekatan berjaga-jaga apabila memuat naik gambar di mana-mana media sosial.

Begitulah apa yang berlaku pada pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal apabila mereka telah menerima kecaman hebat oleh pengikut di laman Instagram selepas memuat naik foto yang dikatakan tidak senonoh, lapor Astro Gempak.

Wawa Aeril
sumber: instagram

Foto yang ditangkap sewaktu sesi penggambaran dan dimuat naik di Instagram Wawa Zainal itu telah menerima kecaman hebat apabila Aeril didakwa menunjukkan isyarat lucah menggunakan tangannya.

Comment 3 1
sumber: instagram
Comment 1 1
sumber: instagram

Bukan itu sahaja, Wawa juga turut menjadi mangsa kritikan pengikutnya kerana kukunya yang panjang dan trend itu dikatakan tidak sesuai bagi seorang muslimah.

Comment 4
sumber: instagram

Bagaimanapun, ada juga antara pengikut yang membela Aeril dan berpendapat bahawa dia tidak tahu bahawa isyarat yang ditunjukkan itu lucah. Selain itu, Wawa melalui instastory turut membidas kritikan pengikutnya dengan memaklumkan bahawa dia sebenarnya memakai kuku palsu bagi tujuan penggambaran.

Comment Kuku
sumber: instagram

Haih susah juga jadi artis ni. Semua benda lah kena kecam. Baik jadi orang biasa macam kami je kan?

Baca: “Cantik tapi rupa dah macam Valak”- Peminat Kecam Penampilan Alyah Seperti Rahib

Alyah 1