in

“Air di Kelantan melebihi keperluan, cuma tak ada tempat nak simpan” – Timb. Menteri Besar

Masalah Air Kelantan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain dari Selangor, negeri Kelantan juga antara yang disebut-sebut sebagai negeri yang sering mengalami masalah air atau kualiti air yang tidak bersih.

Walau bagaimanapun, menurut Astro AWANI, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sumber air bawah tanah dan atas permukaan bumi di Kelantan sebenarnya terlalu banyak sehingga melebihi keperluan yang ada.


81652258596 Datukmohdamarnik

 

“Kita di Kelantan, air ini melebihi keperluan. Dalam tanah, dalam sungai, air hujan…”

Tambahnya lagi, yang menjadi masalah sekarang ialah tiada tempat simpanan air sesuai boleh digunakan sehinggakan sumber air yang ada di bumi negeri itu tak dapat dimanfaatkan.

Kita di Kelantan, air ini melebihi keperluan. Dalam tanah, dalam sungai, air hujan semua tu melebihi, cuma kita tak boleh nak simpan, tak ada tempat nak simpan.

“Air bawah tanah kita banyak, lebih daripada keperluan, tapi tak cukup loji.

“Bila buat loji paip pula pecah, jadi kita guna air bawah tanah lebih senang daripada guna air sungai. Masalah air sungai ni berkeladak,” katanya.

Katanya lagi, air di bawah tanah pula banyak dengan kandungan besi dan perkara ini juga diakui oleh jurutera, oleh sebab itulah ia ternampak keruh. Walau bagaimanapun, air tersebut tidaklah kotor dan masih selamat diminum.

Air Kelantan

Bila air tersebut dimasukkan klorin, ia bertindak balas dan menyebabkan ia menjadi keruh.

“Kalau kita buat tab (kolam takungan), kita boleh simpan air dan dari kolam atau tab dan kita boleh salur ke kawasan yang perlu,” katanya.

Menurut Mohd Amar, cadangan projek pembinaan kolam takungan terbesar di Kelantan telah mendapat kelulusan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA).

Pembinaan kolam yang terletak di Machang itu pula telah dimasukkan ke dalam RMK-12 dengan cadangan dikemukakan 2 tahun lepas.

Tambah Mohd Amar lagi, masalah air di Kelantan dapat diselesaikan jika Kelantan mendapat peruntukan mencukupi dianggarkan sebanyak RM7 billion.

Baca: [VIDEO] Sekumpulan Lelaki Bagi Air Percuma Dekat Pengguna Jalan Raya Yang Sangkut ‘Jammed’ Di LPT

Air

Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.