Kuala Lumpur Fashion Week merupakan acara tahunan yang menampilkan karya-karya pereka fesyen tempatan di atas pentas peragaan.
Dari penganjur yang sama, sebuah lagi acara yang diberi nama Kuala Lumpur Fashion Awards (KLFA) diadakan baru-baru ini.
Artikel berkaitan: Rekaan Baju Persis ‘Toto’ Jadi Bualan Netizen, Designer Aina Abdul Tampil Beri Penjelasan
Artikel berkaitan: “Tak tahu ada SOP” – Azfarheri Minta Maaf Isu Kacang MAS, Beri Kerjasama Penuh Untuk Siasatan
Ia diadakan bagi memberi penghargaan kepada pereka fesyen yang menyumbang kepada industri dan difahamkan, sebanyak 17 kategori dipertandingkan bagi acara tertutup itu.
Ramai pereka fesyen serta personaliti ternama menghadiri acara tersebut termasuklah selebriti dan influencer.
Pun begitu, seorang influencer yang sinonim dengan content yang menghiburkan iaitu Azfarheri menarik perhatian netizen apabila tiba di acara itu dekat busana yang luar biasa.
@azfarherii Go big or home 🫶🏻❤️
“Go big or go home”
Dalam perkongsiannya di TikTok, kelihatan pempengaruh itu memakai kemeja putih serta tali leher merah yang sangat besar sambil diapit oleh beberapa orang untuk mengangkat kemeja tersebut. Difahamkan, busana itu adalah hasil ciptaan Behati.
Busana itu sudah pastinya menarik perhatian netizen dek kerana saiznya yang sangat besar sehinggakan bahagian lengan baju tersebut mencecah ke lantai.
Tidak kurang juga, ramai yang menyamakan fesyen Azfarheri dengan penyanyi yang sinonim dengan fesyen out of the box iaitu Aina Abdul.
Sejuk-sejuk ni ngam dapat baju macam Azfaheri ni…
Sumber: TikTok